Darina memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,argh.. Dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini. 2.00 pagi. "Darina, Darina bangun sayang". Ridzuan mengejutkan isterinya. "Eh! abang dah balik, maaf Darina tertidur, abang nak makan?" tanya Darina. "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup mengecewakan Darina. "Arrggh rindunya Darina pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Darina masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Darina dalam hati. "Abang naiklah dulu Darina nak simpan lauk dalam peti ais dulu", Pinta Darina sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan Kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil Hatinya sedih perasaannya. Darina ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk mengalas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Darina menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaWannya telah terlelap. "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Darina", bisik hati kecilnya. "Aargghh rindunya Darina pada abang. "Darina rindu nak peluk abang, Darina nak kucup abang, Darina rindu abang". Selesai solat subuh, Darina panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Ridzuan tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah Berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Darina kejutkan Ridzuan, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suaWan tersayang. Darina keluarkan ayam dan sayur dan mula menuWans bawang untuk menggoreng mee. "Assalamualaikum", sapa Ridzuan yang sudah siap berpakaian untuk Ke pejabat. "Waalaikumsalam, sayang". Darina cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Darina tetap kecewa apabila Ridzuan hanya meWannta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Darina dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Darina menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu. "Abang, Darina belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Darina", kata Darina selepas kereta itu meluncur pergi. "Arrghh rindunya Darina pada abang"
-----------------------------------------------------------------------
"Wan, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri. "Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Ridzuan acuh tak acuh. "Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal. "Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Ridzuan. "Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Darina ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung. "Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Darina, kami tak bergaduh tapi entahlah", terang Ridzuan. "Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Ridzuan sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.
-----------------------------------------------------------------------
Darina membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Ridzuan. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Darina teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Darina menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Ridzuan, bukan satu tempoh yang pendek. Darina bahagia sangat dengan Ridzuan, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh.Darina sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Ridzuan. Makin laju air matanya mengalir. "Abang sanggup menerima Darina, abang tidak menyesal?". tanya Darina 5 tahun yang lepas. "Abang cintakan Darina setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Darina dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Darina,"janji Ridzuan. "Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Darina lagi. "Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Ridzuan meyakinkan Darina. Darina masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Ridzuan dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Ridzuan yakin Darina mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Darina tidak disalahkan Ridzuan sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Darina masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Darina sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Darina pada abang. "Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Darina, dia tidak meminta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak Mahu mengandungkan anak dari benih suaWannya yang halal, tapi..." ayat Ridzuan terhenti disitu. "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?", Celah Zikri. “Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya,duduk rumah saja,sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Ridzuan. "Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas Zikri. "Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, Dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Darina sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar Menjadi perbalahan", Jelas Ridzuan. "Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?" "Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup", Ujar Ridzuan.
---------------------------------------------------------------------
Darina masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi Dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Ridzuan dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit.Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa Pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Darina pada abang. Darina tahu Ridzuan pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Darina menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Ridzuan. Darina masih tidak menaruh syak pada Ridzuan, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Ridzuan bila dia pulang malam nanti, tapi Darina takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah,demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Darina pada abang. "So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Ridzuan pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya. "I ikhlas Ridzuan, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah Mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Ridzuan, tapi Darina? "Abang Darina tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," Adu Darina pagi tu, sebelum Ridzuan ke pejabat. "Ye ker? Ambil duit ni, nanti Darina call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Darina ni." jawapan Ridzuan yang betul-betul Membuatkan Darina mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Darina sakit demam Ridzuan sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Darina. Arrgg rindunya Darina pada abang. Disebabkan Darina terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Darina menangis lagi. Malam tu, seperti biasa Ridzuan pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Darina masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Ridzuan. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Darina pada abang. Apabila Ridzuan selesai mandi dan tukar pakaian, Darina bersedia Untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sangat. "Abang, Darina nak cakap sikit boleh?" Darina memohon keizinan seperti kelazimannya. "Darina, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Ridzuan. "Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang Akan balik lambat, Darina tak berpeluang abang". ujar Darina dengan lembut. "Eh.. dah pandai menjawab,"perli Ridzuan. Meleleh air mata Darina, dan Ridzuan rasa bersalah dan bertanya apa Yang Darina nak bincangkan. "Kenapa abang terlalu dingin dengan Darina sejak akhir-akhir ni? Tanya Darina. "Darina, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Ridzuan beralasan. Darina agak terkejut, selama ini Ridzuan tak pernah bercakap kasar Dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Darina, tapi sekarang?" Ujar Darina. "Sudahlah Darina abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Ridzuan lagi. "Sampai hati abang, abaikan Darina, Darina sedar siapa Darina, Darina tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Darina terus bercakap dengan sedu sedan. "Sudahlah Darina abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..." Pagi tu, Ridzuan keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Darina dan tanpa suara pun. Darina makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi. Malam tu Ridzuan terus tidak pulang ke rumah, Darina menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Darina risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Ridzuan bila dia kembali. Darina masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Ridzuan muncul dan Darina terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Ridzuan hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Darina kecil hati dan meminta Ridzuan pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Ridzuan. Ridzuan sekadar mengangguk. Tetapi malam tu Darina kecewa lagi. Ridzuan pulang lewat malam. Demam Darina pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Ridzuan dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi. Abang pulanglah abang, pulanglah Darina ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Darina. Darina kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri. "Syukurlah Darina kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, Boleh aku jumpa kau?", tanya Zikri "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku,berdosa tau", tolak Darina. Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Darina itu.Setianya kau perempuan, bisik hatinya. "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku, boleh?" pinta Zikri "Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju Darina."Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Darina hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan Berita itu. Zikri serba salah. "Darina, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana Nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Ridzuan dalam Proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam Saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Ridzuan dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri. Darina menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh Jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Darina menantikan Ridzuan sehingga ke pagi, namun dia masih gagal. Dua hari kemudian Ridzuan pulang dan sibuk mengambil beberapa Pakaian penting, dan masa ini Darina bertekad untuk bertanya."Ya betul apa yang Darina dengar tu, dan kam akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Darina, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Darina, kerana mereka juga sayangkan Darina, dan Darina kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Darina." Janji Ridzuan. Darina sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Darina terlalu kecewa.
----------------------------------------------------------------------
Ridzuan masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Darina pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah. "Insya-Allah En. Ridzuan, dua-dua selamat". terang doktor pada Ridzuan. Dua-dua apa maksud doktor? tanya Ridzuan "Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak Berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak Akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection Untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor. "Ya Allah Darina mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Darina", kesal Ridzuan. Malu rasanya untuk menatap muka Darina. "Kenapa Darina tak bagi tahu abang yang Darina mengandung? kesal Ridzuan. "Darina memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang Sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Darina tak sampai hati bang, Darina tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Darina."Darina sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang Cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak ama lagi." janji Ridzuan. Kesal kerana mengabaikan Darina yang mengandung itu, membuatkan Darina risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak Dan membawa kehopital, dan mujur jugak Darina pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.
-----------------------------------------------------------------------
"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,"marah Ridzuan bila melihatkan Darina cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Darina tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat."Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Darina. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doctor mengarahkan supaya Darina hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Darina dan andainya apa-apa berlaku Darina akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Darina akan dilawati oleh Ridzuan. Darina amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Darina sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu. Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Darina amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Darina, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Darina mengalami pertumpahan darah Yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Ridzuan tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Darina di dalam sana . Ridzuan makin risau, setengah jam kemudian doctor keluar. Ridzuan meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Ridzuan terus bertanya. "Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba Sedaya upaya untuk selamatkan Puan Darina Ain." terang doktor. "Apa maksud doktor? Tanya Ridzuan yang sudah tidak sabar. "Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." Jelas doktor. "Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat." Errrmmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Ridzuan sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Darina. Darina hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Darina Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih saying pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Darina menjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Ridzuan. "Mungkin mak Darina datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira", pujuk Ridzuan menenangkan Darina. "Abang... tolong Darina bang!!" laung Darina dari bilik air. "Ya Allah Darina kenapa ni? Ridzuan ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Ridzuan menjerit memanggil emaknya didapur. "Cepat, bawak pergi hospital, cepat Ridzuan" perintah Mak Zaharah.
-----------------------------------------------------------------------
"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan Akhirnya dia dijemputNya", terang doktor. Terduduk Ridzuan mendengarkan hal itu. Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Darina Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Ridzuan mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.
Abang yang Darina rindui,
Abang maafkan Darina kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Darina sudah jauh meninggalkan abang, Darina tak harapkan Darina akan selamat melahirkan anak ini, tapi Darina harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Darina. Itu harapan Darina bang. Darina masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Darina tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Darina dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Darina menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang. Saat Darina menulis surat ini, Darina masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Darina bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Darina bahagia, cukuplah saat manis ini Darina dan dia. Darina rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Darina hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Darina redha bang. Siapalah Darina untuk menolak ketentuanNya. Darina tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Darina untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Darina cintai dan kasihi selamanya. Darina redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Darina redha, kerana Allah telah memberikan Darina sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Darina harap abang redha sebagaimana Darina redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Darina untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai Apa yang Darina takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Darina harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Darina harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Darina harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Darina, Darina tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah perminntaan Darina, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.
Abang yang Darina rindui...
Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Darina ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Darina tak berkesempatan, dan Walaupun kini Darina tiada lagi, tapi Darina nak abang tahu yang...Darina rindukan abang...... Darina rindu sangat dengan abang..... Rindu bang... rindu sangat....
Sekian,
Ikhlas dari Darinani isterimu
Darina Ain Bt. Abdullah
Ridzuan melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Darina Ain... dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu..... Darina.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Ridzuan.




0 comments:
Post a Comment