Ku susuri
Malam ini
yang tidak berbintang
sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang...
dalam kelam ku sendiri.......
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu....
Dada seakan sesak!
Nafas seakan mahu terhenti..
Setiap detik..Ada sahaja perkara yang berlaku
Ianya seakan mencengkam dada
Mahu sahaja ku teriak
Biar berkumandang suara ke udara
Kata orang..Mahu hilang stress, lontarkan suara yang ada...
Tapi...Tak tergamak rasanya
Nak terpekik dengan segala manusia yang ada
Apakan daya..Ku tahan je lah apa yang di rasa
Ku mundar-mandir mencari sesuatu yang seakan tidak pasti
Janji ianya dapat menghiburkan hati
Ku gelak sana dan sini
Tapi hasilnya....Tak jua aku temui..
Di sebalik sebuah senyuman
Tiada siapa yang tahu apa yang terpendam
Mahu ku luahkan..
Tapi pada siapa?
Jiwa terasa kosong.
Mungkin cukup sampai di sini permainan duniawi
Penat!!
Aku sekadar di pentaskan pada mereka yang keji!
0 comments:
Post a Comment