Dira Telefon Suami, Mengadu Tentang Hans Isaac

Saturday, 6 April 20131comments

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
 
Selama ini, dia memang tidak ada masalah dengan Hans Isaac. Malah dek hubungan baik yang telah terjalin sebagai kawan artis sejak sekian lama dengan aktor dan produser kacak itu, menurut Dira Abu Zahar, dia bahkan sudah menganggap Hans seperti abangnya. Namun perasaannya tiba-tiba jadi tidak senang apabila orang yang selama ini dianggap sebagai abang, perlu menjadi 'suaminya'.
 
"Abang Hans, dia kawan baik dengan suami saya. Saya dan suami selalu juga jumpa dia dan kami lepak sama-sama. Saya memang anggap dia sebagai abang. Jadi tak pernah lah terbayang pun yang saya akan berlakon dengan dia. Memang masa mula-mula shooting saja tidak dinafi, saya memang rasa sangat susah bila tahu yang Hans akan jadi suami saya. Sampaikan saya telefon suami saya, mengadu dan tanya pada suami saya, boleh ker saya pegang tangan Hans. Suami saya gelak jer. Dia faham yang kami berlakon.
 
"Mujur juga Hans jenis yang releks. Ada satu ketika tu, saya datang depan Hans dan saya pegang muka dia. Saya cakap pada Hans, "abang saya nak pegang muka abang sekejap jer". Dan dia pun okay. Lepas tu saya terus anggap, sepanjang di set dia adalah suami saya. Tapi nasib baik kami tak banyak babak romantis sebab dari awal lagi hubungan kami sebagai suami isteri dah ada masalah itu dan ini", cerita Dira berkongsi pengalaman kali pertamanya bergandingan dengan Hans Isaac menerusi drama terbaru berjudul, Dahlia
 
Dira atau nama sebenarnya Khaidirah Abu Zahar, 29, ditemui di majlis perlancaran drama tersebut bertempat di restoran Serai, KL Live, semalam.
 
Barisan pelakon 'Dahlia'. (dari kiri) Hans Isaac, Dira, Raja Ilya dan Faizal Hussein.Barisan pelakon 'Dahlia'. (dari kiri) Hans Isaac, Dira, Raja Ilya dan Faizal Hussein.
 
Isteri kepada pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof ini juga berkata, dia seperti dapat mengagak yang riak dan rasa segannya terhadap Hans disedari oleh aktor itu. Hinggakan satu ketika, Hans ada menelefon suaminya untuk memberitahu yang mereka berlakon dan terpaksa melakukan beberapa adegan bersentuhan seperti yang dituntut dalam skrip.
 
"Saya rasa Hans boleh nampak yang saya segan dengan dia. Dia pun ada telefon suami saya, dia bagi tahu suami saya yang dia cium dahi saya. Suami saya okay dan cukup memahami kerjaya kami sebagai pelakon", kata yang melakonkan watak sebagai Dahlia. 
 
Drama 40 episod ini mengisahkan Dahlia yang mendapat yang mendapat tahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain. Mereka akhirnya bercerai namun Dahlia hilang segala-galanya termasuklah hak penjagaan anak. Bagaimanapun dia bangkit dan membuktikan pada Razman dia tak mudah ditipu. 
 
Di arahkan oleh Pali Yahya, Dahlia akan bersiaran mulai 22 April di saluran Mustika HD (saluran 134).
 
Kontroversi Tak Gugat Kehidupan
Dalam pada itu, ditanya mengenai kehidupannya selepas insiden pergaduhan dengan seorang wanita di sebuah pusat hiburan yang dikaitkan dengannya setahun lalu, Dira berkata dia kini menjalani rutin harian seperti biasa. 
 
Masanya banyak dihabiskan dengan menguruskan keluarga sambil menyambung pelajaran dan berjinak-jinak dalam penulisan skrip.
 
..
 
"Saya tidak pernah merajuk atau sembunyi selepas kontroversi itu. Saya senyap lebih setahun ini kerana sibuk dengan pelajaran dan keluarga serta anak yang semakin membesar dan sudah bersekolah", katanya yang akan menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dalam jurusan Filem dan Televisyen di Universiti Lim Kok Wing, tahun depan.
 
Menurutnya, kejadian lalu banyak memberikannya pengajaran namun sebagai manusia biasa, dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang di sekelilingnya. 
 
"Orang setakat hanya boleh bercakap sajalah... Bagi saya, saya berfikiran positif. Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya perlu teruskan hidup dan kerjaya saya. 
 
"Lagipun dalam kerjaya seni ni, ada target yang saya nak capai. Insya-Allah saya berazam nak jadi pengarah dan penerbit satu hari nanti, tapi buat masa ini masih lagi belajar sedikit-sedikit dalam kerja penerbitan dan penulisan skrip," katanya.
Share this article :

+ comments + 1 comments

11 April 2013 at 19:04

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved