10 Sebab Running Man Sangat Popular

Thursday, 28 March 20130 comments

Setiap minggu, Abang Nara tidak akan terlepas menonton Running Man. Untuk anda yang tidak tahu, Running Man merupakan sebuah rancangan televisyen yang berasal dari Korea. Running Man sangat popular terutamanya di negara Asia . Di Malaysia, ketidakhadiran Running Man untuk rakaman episod Asia telah mengecewakan ribuan peminat mereka.
running man
Jadi mengapakah Running Man begitu popular? Running Man tidak dihiasi oleh lelaki-lelaki super kacak dan wanita-wanita super cantik yang sering menjadi resipi mana-mana program televisiyen. Daripada pemerhatian Abang Nara, ada sebab Running Man begitu popular.
1. Konsep rancangan yang unik dengan misi yang berbeza untuk setiap episod.
2. Karekter setiap watak di dalam Running Man yang berbeza dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
3. Tiada skrip di dalam Running Man menyebabkan pelbagai kemungkinan dan banyak perkara di luar jangkaan yang boleh berlaku.
4. Setiap watak di dalam Running Man tidak control macho, cover cun atau cuba berlagak menjadi orang lain. Kesemuanya menjadi diri sendiri dan natural ketika proses rakaman.
5. Tetamu-tetamu jemputan yang berbeza hampir setiap minggu menjadikan rancangan ini lebih menarik (terutamanya jika tetamu wanita hadir).
6. Suntingan yang mantap daripada pihak produksi Running Man. Krew-krew yang hebat dan banyak. Dikatakan ada lebih daripada 10 kamera untuk setiap kali rakaman episod Running Man. Gila kan?
7. Setiap watak mempunyai sense of humour yang sangat tinggi.
8. Tempat-tempat yang dilawati untuk rakaman episod Running Man sangat-sangat menarik.
9. Drama, percintaan, pergaduhan dan persahabatan yang ada di dalam Running Man.
10. Lee Kwang Soo si pengkhianat.

running man
Secara jujur, sekali anda sudah menonton Running Man, anda pasti akan ketagih. Setiap episod mempunyai kisahnya yang tersendiri dan yang pasti, akan membuatkan anda ketawa berdekah-dekah. Boleh sakit perut dibuatnya.
running man
Dan baru-baru ini ada cadangan untuk melakukan Running Man Malaysia dengan selebriti-selebriti di bawah. Abang Nara rasa sukar untuk selebriti Malaysia menjadi diri sendiri di hadapan kamera. Namun belum cuba belum tahu kan?
running man
Siapa di sini peminat Running Man? Sila angkat keyboard anda sekarang jugak. Hehehe ~
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved