Air Selangor- Kepentingan Pelajar UITM dipolitikkan kali kedua

Friday, 29 March 20130 comments

Air Selangor- Kepentingan Pelajar UITM dipolitikkan kali kedua

ANTARA projek perumahan berskala besar yang terpaksa ditangguhkan akibat bekalan air terawat tidak mencukupi masa ini di Selangor ialah projek menyiapkan rumah di Pangkalan Udara TUDM Subang.

Jarak projek dengan Bangunan SUK Selangor, Shah Alam yang menempatkan pejabat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuma kira-kira 10 kilometer.

Di pangkalan itu, sejumlah 288 unit rumah belum dimulakan pembinaan. Di Sepang pula, projek pembinaan UiTM di situ melibatkan 5,663 orang penghuni turut menerima nasib sama.

Itu belum lagi melibatkan projek-projek perumahan lain termasuklah 4,834 unit rumah di Hulu Langat yang dimajukan oleh UEM Land Berhad dan 6,607 unit rumah dan 96 unit kedai di Hulu Langat oleh pemajunya, Setia Ecohill Sdn. Bhd.

Walaupun kerajaan Pusat merayu agar isu air tidak dipolitikkan dan kebajikan rakyat diutamakan, gesaan itu bagai mencurah air di daun keladi. Cuma 'development order' sahaja diperlukan manakala lain-lain syarat, keperluan serta tapak sudah tersedia, namun projek Langat 2 masih enggan diluluskan oleh kerajaan PKR negeri.

Kegagalan Selangor menyediakan perancangan pengurusan air yang efektif menyebabkan negeri paling kaya di Malaysia bakal menghadapi krisis air yang teruk menjelang tahun depan. Gambaran krisis yang akan menyebabkan merudumnya perkembangan pesat ekonomi yang telah dibina sejak merdeka di bawah pemerintahan BN bukanlah sesuatu yang diada-adakan oleh kerajaan. Kata 'mereka' di sana, ini semua untuk menyerang pembangkang.

Isu tentang risiko krisis air itu benar. Tapi malangnya pakatan pembangkang menghidapi sindrom penafian yang serius.

"Lebih baik kerajaan Selangor hentikan segera 'sandiwara' ini.

"Jikalau kerajaan PKR negeri mengambil alih Syabas pun belum tentu masalah kekurangan air akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat," kata Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO dan BN, Datuk Seri Noh Omar kepada saya baru-baru ini.

Berdasarkan unjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, bekalan air terawat hanya mampu bertahan sehingga penghujung tahun 2012. Dan krisis air semakin dirasai tahun ini berikutan tiada sebarang langkah diambil untuk menanganinya.

Sebelum ini, sebagai langkah jangka pendek serta memastikan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mengalami krisis air, Kerajaan Persekutuan meluluskan RM606 juta bagi melaksanakan projek-projek mitigasi yang dijadual siap sepenuhnya pada 2015.

Dengan pelaksanaan projek-projek mitigasi ini, bekalan air dijangka dapat menampung permintaan sehingga 2016 dengan rizab simpanan rendah iaitu 0.5%.

Dan terbaharu Jumaat lalu, penyelesaian jangka pendek diputuskan kerajaan dengan mendapatkan bekalan air dari Loji Rawatan Air Labu di Seremban. Ini untuk menampung bekalan air sebanyak 105 juta liter sehari kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur. Kerana inilah, pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 perlu disegerakan bagi menampung permintaan air bermula pada tahun 2017.

Noh memberitahu, oleh kerana rizab air yang kurang di Selangor iaitu kurang 1 peratus daripada 20 peratus yang sepatutnya, sejumlah 87,754 projek perumahan baharu yang memerlukan 147.87 juta liter sehari (jls) tidak dapat dimulakan.

Begitu juga dengan pembinaan 6,240 unit kedai dan komersial baharu dengan keperluan air 38.02 jls, 4,330 unit pusat beli-belah baharu dengan keperluan air 9.49 jls, 3,159 unit hotel baharu dengan keperluan air 10.76 jls, 830 kilang baharu dengan keperluan air 31.24 jls dan 4,038 rumah ibadat dan sekolah baharu dengan keperluan air 900,000 liter sehari tidak dapat dimulakan, katanya.

"Apakah kesannya kepada ekonomi Selangor? Peluang kerja berkurangan dan Selangor akan jadi lebih mundur sebab kerajaan Selangor (hanya) bercakap, bukan nak selesaikan masalah rakyat.

"Kita berpandangan jauh dalam pelaksanaan dasar yang menjaga kepentingan rakyat, sebab itu telah merancang Projek Langat 2 sejak 16 tahun lepas bagi mengatasi masalah air yang dijangka berlaku pada masa mendatang ini," katanya.

Berdasarkan semakan saya, turut terkena 'tempias' adalah beberapa projek PKNS yang perlu ditangguhkan dahulu.Ia melibatkan pembinaan 1,288 unit rumah dan 45 unit kedai/pejabat di PT46 Jalan Ikhtisas Seksyan 14 Shah Alam yang dimajukan bersama syarikat Tahap Warisan Sdn. Bhd. dan 138 unit rumah di Lot 3946,3947 dan 3948 di Jalan Baiduri Bulan 7/28 Seksyen 7 Shah Alam.

'Mangsa' lain termasuklah pembinaan 73 unit kedai/pejabat di PT 126612 Klang dan 86 unit kedai/pejabat di Lot 49371 Bandar Baru Bangi.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved