Akhbar Berpengaruh Financial Times Ramal Najib Tempuh Laluan Sukar PRU13

Wednesday, 27 March 20130 comments



Dilihat sebagai petanda bahawa penguasaan rejim pemerintah Barisan Nasional (BN) akan terus longgar, akhbar perniagaan berpengaruh Financial Times sebentar tadi mengeluarkan satu artikel yang dianggap memberi kredit kepada Pakatan Rakyat.
Dengan tajuk 'Malaysian PM Faces Big Test As Poll Looms' (PM Malaysia Hadapi Ujian Getir Saat Pilihanraya Hampir), akhbar itu menjawab pelbagai persoalan penting yang menyebabkan Najib Altantuya tidak mendapat sepenuhnya sokongan rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum.

Ditulis oleh wartawannya Jeremy Grant, beliau merumuskan bahawa pentadbiran Najib Altantuya diselubungi rasuah dan salah guna kuasa di sebalik pelan transformasinya yang dianggap perlahan dalam usaha mendapat kembali pengundi BN.

Pakatan Rakyat katanya menganggap kali ini merupakan peluang terbaik rakyat untuk menggantikan BN dengan kemenangan 82 kerusi yang menafikan pemguasaan majoriti dua pertiga BN sejak merdeka 55 tahun lalu.

Bagaimanapun disebabkan keengganan Najib Altantuya mengadakan pilihanraya umum dalam kadar segera, pasaran saham Malaysia mengalami kelembapan dan menjadi bahan ketawa jiran serantau seperti Singapura dan Indonesia.

Tambahnya nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang kini mencecah 53 peratus turut melemahkan asas kewangan negara dan ia antara tertinggi di Asia, mengatasi Singapura 37 peratus dan Hong Kong 33 peratus.

Selain itu indeks rasuah yang meletakkan Malaysia di tangga ke-54 dari 176 negara juga memburukkan imej BN seperti yang dinyatakan Transparency International-Malaysia (TI-M).

Malah isu terbaru membabitkan ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud atas pendedahan yang dilakukan NGO antarabangsa, Global Watch, juga sukar untuk diatasi walaupun Najib Altantuya berjanji akan membanteras rasuah dalam salah satu indeks KPI nya.

Amaran turut diberikan kepada Najib Altantuya bahawa jika dia tidak mampu mempertahankan kuasa BN, sudah hampir pasti kedudukannya tergugat dan bakal disingkirkan pemimpin Umno sendiri.

Keengganan Najib Altantuya menjawab dakwaan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mencabarnya untuk berdebat menurunkan lagi tahap sokongan terhadap BN yang menyaksikan Pakatan Rakyat mendapat modal baru untuk membuktikan Najib Altantuya tidak layak menjadi perdana menteri.


Walaupun insiden pencerobohan di Sabah bakal memberi impak positif terhadap popularitinya, namun ia hanyalah tertumpu kepada puak nasionalis Umno yang kecil berbanding dengan tuduhan ke atas skandal yang membelit dirinya.

Dengan tidak mahu mengambil risiko meramal siapa yang akan berkuasa selepas pilihanraya umum, akhbar tersebut hanya membuat kesimpulan bahawa pihak yang menang akan menggalas beban berat menyatukan rakyat di samping memacu kembali ekonomi yang terencat akibat penangguhan berkali-kali Najib Altantuya sendiri.

Menariknya, Grant langsung tidak menyertakan pengaruh bekas perdana menteri, Mahathir yang membayangi Najib Altantuya hampir dalam semua keputusan politik walaupun Najib Altantuya menafikannya.

Ekonomi Malaysia diunjur pada 5.6 peratus tahun ini tetapi akibat ketakutan Najib Altantuya memanggil pilihanraya umum, sasaran tersebut dianggap mustahil menurut beberapa pakar ekonomi. ~jalan pulang
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved