Jadilah Ikonik Superstar Seterusnya Dengan Twisties Superstarz X

Thursday 28 March 20130 comments

Salah seorang penghibur kegemaran Abang Nara ialah tak lain tak bukan Michael Jackson. Kematian King of Pop ini tidak berapa lama dahulu memang menyebabkan kejutan di kalangan peminat muzik dunia. Ramai yang tertanya-tanya, akan wujudkah seorang penghibur sehebat beliau suatu hari nanti?
twisties superstarz x
Bagi Abang Nara, kehebatan Michael Jackson ialah kerana sikap beraninya, personaliti beliau yang tidak boleh diduga dan kekreatifan setiap persembahan yang diadakan. Bukan senang mencari seseorang seperti Michael Jackson . Mungkinkah suatu hari nanti akan muncul seorang penghibur sehebatnya dari negara kita Malaysia?
twisties superstarz xOleh kerana mahukan seseorang yang mampu menggegarkan dunia hiburan, Twisties kini muncul dengan pertandingan Twisties Superstarz X. Kalau anda berbakat menyanyi dan mempunyai personaliti ikonik seperti Michael Jackson, Lady Gaga, Siti Nurhaliza, Yuna atau P. Ramlee, inilah peluang anda untuk menonjolkan diri anda. 6 peserta terpilih akan dilatih oleh salah seorang mentor yang sememangnya berwibawa.
twisties superstarz xSalah seorang daripada mentor untuk Twisties Superstarz X ialah Altimet. Altimet ialah seorang penyanyi, rapper, produser dan penulis lagu yang sangat-sangat berwibawa di Malaysia. Antara lagu Altimet yang Abang Nara suka ialah Bangkit, Syukur, Chantek dan Malaysian Boy. Semuanya memang power-power belaka. Paling best bagi Abang Nara ialah setiap kali Altimet buat live performance, energynya terasa walaupun Abang Nara sekadar menonton menerusi televisyen.
twisties superstarz xGadis manis di atas ialah Prema Yin yang akan turut sama melatih dan membantu anda sekiranya anda memasuki pertandingan Twisties Superstarz X ini. Nama Prema Yin sangat-sangat besar di Asia. Untuk Voize Independent Music Awards 2012 (VIMA 2012), Prema Yin telah dinobatkan sebagai Best Overall Female Act. Memang tak perlu dipersoalkan kelayakan Prema untuk menjadi mentor di dalam Twisties Superstarz X.
twisties superstarz xAdakah anda sudah teruja untuk menjadi anak didik Altimet atau Prema Yin? Rileks dulu. Kena audition dulu. Abang Nara tahu korang tak sabar nak menang hadiah utama iaitu satu lagu yang ditulis khas dan muzik video sendiri yang kesemuanya bernilai RM25,000. Namun korang perlu tunjukkan yang korang memang berbakat di lokasi-lokasi audition di bawah untuk minggu ini. Setiap minggu tempat audition akan diupdate di laman web Twisties Malaysia.
twisties superstarz xYang penting, masa audition boleh buat secara solo atau duo sahaja. Jangan buat macam boyband pulak. Pastue sebelum audition, sila pilih salah satu lagu di bawah ini. Jangan tak pasal-pasal korang nyanyi lagu Ombak Rindu pulak. Confirm disqualified punya.
twisties superstarz x
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved