PECAH BERITA! Apa Nazri Fikir Rakyat Malaysia BODOH MACAM DIA?

Wednesday 27 March 20130 comments


Kadang-kadang sesuatu kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menghalalkan apa saja tindakan mereka sebenarnya menghina intelek rakyat Malaysia.

Terbaru, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz menempelak Pakatan Rakyat kononnya sudah tidak sabar takut untuk berdepan dengan pilihanraya umum paling sengit pernah disaksikan sejak kemerdekaan 1957.

Nazri berkata, bosnya Najib Altantuya tidak melakukan sebarang kesalahan kerana terus menggunakan mandat yang ada sehingga 28 April ini untuk mengeksploitasi keadaan tegang yang dicetuskan presiden Umno itu.

Sambil terus yakin bahawa BN akan menang pada tarikh tersebut atau lebih awal, Nazri dengan nada separa takut mengakui apa sekalipun keputusan pilihanraya nanti akan mengubah lanskap politik negara buat selama-lamanya.

Jika 28 April BN dikatakan sudah bersedia bak kata Nazri yang juga ahli parlimen Padang Rengas, mengapa terus mahu memuatkan seluruh rakyat Malaysia terhenti pergerakan mereka kerana menantikan tarikh pilihanraya yang tak kunjung tiba?

Sekiranya Nazri menganggap BN sudah bersedia sejak setahun lalu dan mampu menang, mengapa sehingga ke hari ini Najib Altantuya masih tak berani nak umumkan tarikh pilihanraya?

Mengakui tradisi kali ini berbeza dari keputusan bekas perdana menteri terdahulu yang tidak menunggu genap lima tahun mandat untuk mengadakan pilihanraya, Nazri tidak pula menjelaskan mengapa Najib Altantuya tidak mampu menjadi anak jantan bertarung dalam pilihanraya?

Apakah Nazri menganggap rakyat Malaysia boleh diperbodohkan sebagaimana yang dilakukan pemimpin mereka ke atas ahli mereka sejak 56 tahun lalu?

Projek pembodohan yang Nazri dan rakan-rakannya lakukan terhadap ahli mereka sedikit sebanyak menerima tempiasnya kepada rakyat yang bukan ahli Umno termasuk segelintir golongan muda yang senang terpengaruh dengan imbuhan yang diberikan Umno untuk mendapat sokongan.

Saya juga hairan mengapa Nazri enggan menasihatkan Najib Altantuya supaya terus mengadakan pilihanraya kerana tanggapan bahawa BN yang sebenarnya takut untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat semakin jelas kelihatan.

Nazri fikir rakyat Malaysia senang ke dibodohkan seperti ahli Umno?

Dengan teknologi, maklumat sepantas kilat menerusi Facebook, Twitter dan Instagram sudah cukup untuk 'membodohkan' Nazri kembali, pada tahap maksimum!

Sebenarnya rakyat Malaysia sudah sebulat suara menolak Umno dan BN dan itulah kebodohan Nazri yang tak pernah dilihatnya sendiri sehingga ke hari ini.

Ayuh Nazri, cakap kat Najib Altantuya... BOOO BAAARRR!!!
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved