PECAH BERITA! Ejen Umno UGUT Sebar 'Video Seks' Anwar, Nurul Izzah!

Wednesday 27 March 20130 comments




Ini bukan perkara main-main tetapi kejadian ini benar-benar berlaku.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan terdapat cubaan beberapa ejen Umno yang mengugut akan menyebarkan beberapa rakaman video seks membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan juga anaknya, Nurul Izzah.

Tujuannya hanyalah satu, untuk memberi imej buruk terhadap kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat tersebut di mata masyarakat menjelang pilihanraya umum ke-13.

Dalam satu sidang media khas di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, Saifuddin mendapat maklumat dua rakaman video dan puluhan gambar lucah kononnya dilakukan Anwar dan Nurul Izzah akan tersebar ke seluruh dunia.

Bukan setakat video Anwar dan Nurul Izzah, malah beberapa pemimpin KEADILAN turut disasarkan.

Ejen Umno itu mendatangi Saifuddin kira-kira dua hari lalu dalam satu ceramah di Johor.

Tiga ejen tersebut meminta Saifuddin memasuki sebuah kereta kepunyaan mereka sambil menunjukkan beberapa ketika aksi seks dari video seks palsu itu.

Tambah Saifuddin lagi, ejen Umno sudah menyiarkan prebiu rakaman tersebut  namun imej yang terpapar tidak jelas selain hanya berani mengugut akan menyiarkan keseluruhan kandungannya jika permintaan mereka tidak dipenuhi.

Bagaimanapun Saifuddin enggan memberitahu apakah permintaan ejen Umno tersebut.

Sebelum itu, Saifuddin menyatakan bahawa Umno mendapat maklumat bahawa Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihanraya umum ke-13 ini.

BN dijangka hanya memperolehi sekitar 95 kerusi berbanding Pakatan Rakyat 127 kerusi menurut sumber risikan yang bocor dari PDRM bulan lalu.

Antara modus operandi mereka untuk menafikan perkara tersebut dari berlaku adalah mengeluarkan seberapa banyak video seks palsu seperti yang pernah terjadi ke atas Anwar dan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

Malah video seks palsu membabitkan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim juga tersenarai dalam simpanan ejen Umno itu, malah ada yang sedang dalam pembikinan.

Ini jelas tindakan terdesak Umno untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat melalui penyebaran video seks palsu yang kini sudah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa.

Tidak mustahil sekiranya permintaan ejen Umno yang dipercayai diarahkan pemimpin tertinggi parti itu tidak dipenuhi, video seks palsu itu akan menjadi bencana terhadap kehidupan beragama di negara kita.

JALAN PULANG

Anda mungkin juga meminati:
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved