PECAH BERITA! Kerajaan NS Disahkan HARAM Khamis Ini!

Wednesday 27 March 20130 comments


Mulai Khamis ini, kerajaan Negeri Sembilan adalah kerajaan HARAM!

Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar automatik pada 28 Mac iaitu dan bukannya pada esok seperti dilaporkan sebelum ini, kata Menteri Besar, Mohamad Hasan yang mengesahkan perkara itu.

Katanya, sebelum ini terdapat kekeliruan membabitkan perjalanan DUN yang menurut Fasal 56 (3) Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan, menyatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat yang pertama kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

Masalahnya ialah bagaimana untuk menentukan tempoh lima tahun itu bermula atau telah tamat. Jadi dalam hal ini kita guna Akta Interpretasi 1948 dan 1967 (Akta 388)".

Beliau berkata pengiraan waktu itu dibuat mengikut Seksyen 54 (1) akta itu.

"Ini bermakna bila kita mengira waktu atau tarikh bermulanya bila, dalam akta ini hari kejadian itu tidak dikira sebagai hari bermula sebaliknya hari esoknya," katanya dalam sidang media di kediamannya di Seremban hari ini.

Katanya, jadi dalam hal pembubaran DUN secara automatik ini, hari kejadian atau hari wakil rakyat mengangkat sumpah iaitu pada 27 Mac 2008 tidak dikira sebagai hari pertama DUN berjalan sebaliknya keesokan harinya iaitu pada 28 Mac 2008.

Jadi dengan itu umur DUN kita akan sampai pada 27 Mac 2013 pada 12 tengah malamnya, genaplah lima tahun dan akan terbubar pada Khamis iaitu 28 Mac 2013 dan kerajaan sementara akan tertubuh.

Jadi jika Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mahu membubarkan DUN berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(2) maka tarikh akhirnya adalah 27 Mac ini," katanya.

Menurut pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan akan bubar dengan sendiri pada tarikh tersebut jika tiada pembubaran DUN dilakukan sebelum itu.

“Sekiranya kerajaan Negeri Sembilan terus beroperasi selepas Rabu 26 Mac ini, kita boleh katakan yang ia haram. Ini kerana pada tarikh itu DUN Negeri Sembilan bubar secara automatik.

“Dalam sistem demokrasi berparlimen – atau Westminster – hayat kerajaan bergantung kepada dewan. Bila dewan bubar kerajaan pun ikut bubar.

“Sebuah kerajaan sementara (caretaker government) perlu dilantik oleh Tuanku Muhriz. Menteri Besar (MB) yang ada boleh dilantik sebagai MB sementara,” katanya.

Menurut Aziz, adalah tidak bermoral bagi kerajaan negeri atau pusat terus berkuasa kerana ia telah melebihi tarikh 8 Mac, iaitu melepasi tempoh mandat lima tahun yang diberikan sejak pilihan raya umum (PRU) 2008.

“Kalau dulu taklah menonjol sangat sebab dewan (Dewan Rakyat dan DUN) dibubar sebelum 5 tahun. Sekurang-kurangnya adalah hujah moral untuk tidak melantik kerajaan sementara secara formal.

“Tetapi sekarang ini lain, tarikh 8 Mac sudah jauh ditinggalkan. Tempat berpijak yang ada hanyalah tarikh dewan bersidang buat kali pertama selepas pilihanraya umum lalu. Kalau tarikh yang itu pun sudah luput, apalagi alasan untuk kerajaan ini berada di situ dan menggunakan kemudahan serta wang rakyat,” katanya.

Justeru katanya, kerajaan sementara yang dilantik di Negeri Sembilan selepas 26 Mac perlu melaksanakan prinsip tersebut dengan menjalankan fungsi terhad sebagai sebuah kerajaan.

Ia katanya, termasuk tidak membuat sebarang keputusan kritikal seperti meluluskan tanah, projek kerajaan atau menyampaikan bantuan kerajaan.

“Kerajaan sementara ini sekadar buat kerja rutin dan tak boleh buat inisiatif penting. Guna kemudahan awam lagilah tak boleh. Naikkan gaji pun menimbulkan persoalan,” ujarnya.

Menyifatkan tempoh yang ada pada kerajaan ibarat ‘simpanan petrol’ dalam tangki minyak sebuah kereta, Aziz menggesa parlimen segera dibubar agar mandat baru diberikan oleh rakyat.

“Tarikh 26 Mac itu – atau 28 April dalam konteks Dewan Rakyat – ibarat petrol reserve.

“Maknanya kalau minyak habis, kereta kena berhenti dan isi minyak. Isi minyak di sini bermaksud bubar dewan dan adakan pilihan raya umum bagi mendapatkan mandat atau autoriti baru dari rakyat,” kata Aziz.

Ini sekaligus mengesahkan bahawa Mohamad silap dalam mentafsir perlembagaan negeri sendiri kononnya menggunakan akta interpretasi walaupun jelas dalam undang-undang tubuh negeri mengatakan ia bermula dari tarikh ADUN mengangkat sumpah dan bukannya hari pertama sidang DUN!
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved