4 Negeri Pakatan Rakyat Bubar DUN Esok

Thursday, 4 April 20130 comments

Empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing hari ini dan esok bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan serentak.

Ini berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas menerima pelbagai tekanan hebat dan desak membubarkan Parlimen berkuatkuasa hari ini seleas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, beliau akan menemui Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Abdul Rahman Abbas, pagi esok bagi memohon persetujuan untuk membubarkan DUN.Lim berkata, beliau sudah menerima faksimili daripada Perdana Menteri yang memohon kerjasamanya untuk membubarkan DUN serentak dengan pembubaran Parlimen.“Beliau meminta kerjasama saya membubarkan sererntak. Jika ini berlaku, semua dokumen berkaitan akan dihantar.

Exco negeri tiada masalah untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan Parlimen.“Oleh itu, saya akan bertemu dengan Yang Dipertua Negeri jam 9.30 pagi esok untuk mendapat kebenaran membubartkan DUN,” katanya.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula akan membubarkan DUN esok.

Katanya, Sultan Selangor juga sudah dimaklumkan berhubung perkara itu ketika beliau mengadap Tuanku di Istana Alam Shah kira-kira jam 1.30 petang tadi.“Setelah berbincang mengenai status DUN Selangor, Tuanku Sultan berkenan untuk mengadakan upacara pembubaran DUN esok di Balai Rong Seri, Istana Alam Shah, Klang, jam 2.30 petang.

"Acara pembubaran itu akan juga disaksikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor serta Ahli Majlis Dewan Diraja,” katanya dalam satu kenyataan.Abdul Khalid sebelum ini membayangkan DUN Selangor akan dibubar 22 April ini jika Najib masih melengahkan tarikh pembubaran Parlimen.Bagaimanapun, pengumuman pembubaran Parlimen hari ini, pilihan raya bagi DUN Selangor dijangka serentak dengan Pusat.Kerajaan Kelantan juga mahu PRU-13 bagi DUN negeri itu diadakan serentak dengan Parlimen walaupun boleh ditangguh dua minggu lagi.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bagaimanapun tarikh pembubaran DUN hanya akan diumumkan sebaik sahaja diperkenankan Sultan Kelantan.Katanya, tarikh untuk mendapat perkenan Sultan Kelantan bagi pembubaran DUN pula akan diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Lajnah Politik dan Pilihanraya negeri jam 2.30 petang ini.Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, Kota Bharu, tengahari tadi.

Di Alor Star, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur, esok untuk urusan pembubaran DUN.Katanya, selepas itu baru beliau akan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di sini bagi memohon perkenan untuk membubarkan DUN.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved