Baju Daripada Daging Manusia?

Wednesday, 3 April 20130 comments



Cerita ini mungkin agak lama, tapi sengaja penulis siarkan buat santai-santai dan sapa-sapa yang minat dengan Lady Gaga. 
Lady Gaga terkenal dengan fesyennya yang agak pelik kerana dia inginkan sesuatu yang berbeza dengan artis lain. Untuk kelihatan pelik dan hebat, beliau pada majlis anugerah MTV Video Music Awards yang lepas telah mengenakan gaun yang diperbuat daripada daging lembu.

Pereka gaun tersebut, Franc Fernandez, mengatakan kepada MTV, “Gaun itu memang dibuat dari daging dari tukang daging keluarga saya.”
Fernandez mengatakan bahawa dia menghabiskan masa dua hari untuk menjahit gaun seperti dilaporkan oleh Daily News. Dikatakan 25 paun daging lembu digunakan untuk membuat pakaian tersebut dan tukang daging itu juga mengatakan bahawa jika kurang penyejukan boleh menyebabkan ia busuk. Apabila Gaga berada di bawah lampu daging itu akan kelihatan seolah-olah masak.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved