Banduan Dibunuh Askar Indonesia

Thursday 4 April 20130 comments

JAKARTA – Tentera Indonesia semalam membuat pengakuan bahawa terdapat beberapa anggota pasukan khasnya menyerbu Penjara Cebongan, Yogyakarta di sini dan menembak mati empat banduan yang sedang menanti perbicaraan kerana membunuh pegawai atasan mereka.
Seorang pegawai kanan tentera yang mengetuai siasatan kejadian itu, Brigedier Jeneral Unggul Yudhoyono mendedahkan sembilan anggota daripada Pasukan Pemerintah Khas melakukan serbuan tersebut pada 23 Mac lalu.
Menurutnya, mereka melakukan serbuan itu pada waktu malam.
Empat banduan yang mati ditembak itu menunggu perbicaraan berhubung kes mereka memukul dan menikam pegawai mereka, Hero Santoso di sebuah kelan malam di Yogyakarta.
Beberapa hari sebelum kejadian itu, Hero bertindak meleraikan satu pergaduhan.
Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia memuji pengakuan tersebut kerana pihak tentera sebelum ini jarang mengaku melakukan pembunuhan.
Bagaimanapun, Unggul menegaskan serangan di daerah Sleman itu dilakukan secara spontan dan bagi mempertahankan maruah pasukan selepas mendengar berita tentang pembunuhan Hero.
Dia juga menyatakan kesemua askar itu dengan berani mengaku melakukan perbuatan mereka pada hari pertama siasatan.
Unggul turut memberitahu nama-nama kesemua mereka ketika mengumumkan keputusan awal siasatan.
Katanya, siasatan penuh akan dimulakan dan semua anggota tersebut akan dihadapkan ke sebuah mahkamah tentera.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved