Betulkah Saifuddin Abdullah Gugur di Temerloh.. & kerusi UMNO itu akan diserahkan kepada Cina MCA..???

Tuesday 2 April 20130 comments

Timbalan menteri pengajian tinggi, Saifuddin Abdullah dijangka bakal digugurkan dari senarai calon, menguatkan spekulasi bahawa namanya sudah tidak berada dalam kedudukan calon pilihan perdana menteri, Najib Altantuya.
Ia juga menguatkan spekulasi bahawa parlimen Temerloh tidak akan ditandingi Umno seperti kelazimannya memandangkan parti itu akan bertukar kerusi dengan MCA yang menyerahkan Kuantan kepada Umno untuk menentang penyandang, Fuziah Salleh.
Saifuddin dalam mesej di Twitter sebentar tadi mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada calon PAS-Pakatan Rakyat, Nasrudin Hassan yang sah bertanding kerusi Temerloh dalam satu sidang media oleh presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Kerusi Temerloh secara tradisinya ditandingi Umno, namun oleh kerana Umno mahukan Kuantan maka Temerloh dijangka diserahkan kepada MCA sekaligus berakhir sudah penguasaan parti itu di bandar kedua terbesar di Pahang itu.
Ahli majlis tertinggi Umno itu sudah lama disenarai sebagai antara calon yang bakal digugurkan kerana kerap kali menentang dasar Najib Altantuya selain mempertikaikan banyak polisi dan dasar kerajaan termasuk Akta Perhimpunan Aman (APA 2012).
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCa6V9A2NT7U5pBD9a7ha-Lw7AgPvcI9-hXqDqePjjPRRG4r2o2JX5SapeRw-jNmNq1F674R1cobhw6cvbbIYbESCQJ3cKInX1Km89aTJ_xMy6Qz8wc9GHyIcWDSyaZ2HxWPVB0T4BG2k/s400/dato+saifuddin.jpg

Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved