Diharap Masyarakat Jadikan Tauladan Cerita Buruk Saya – Raja Azmi

Thursday 4 April 20130 comments

elain daripada kisah Raja Azmi, Abang Nara turut sama suka membaca ruangan Di Celah Celah Kehidupan di dalam Mingguan Malaysia setiap hari Ahad. Banyak kisah yang boleh dijadikan pengajaran terutama untuk mereka yang sudah berumahtangga. Terima kasih kepada Raja Azmi kerana membenarkan kisah hidupnya dijadikan iktibar kepada kita untuk dijadikan panduan di dalam bercinta terutamanya. Berkata kepada Mstar Online, Raja Azmi mengakui yang dia agak lupa diri apabila bercinta dengan seorang pemuzik muda baru-baru ini. Kata Raja Azmi:- Cerita buruk tentang saya diharap dapat dijadikan tauladan oleh masyarakat supaya tidak melakukan kesilapan sama dan perkara yang baik dapat dijadikan contoh. Saya sebenarnya sunyi selepas bercerai dengan bekas suami dan sebulan percintaan saya dengan pemuda itu saya akui agak lupa diri dengan cinta orang muda. Selepas ini saya akan mencari pasangan yang seusia atau pun jarak umur yang tidak jauh daripada saya.Raja Azmi ini memang sempoi orangnya. Kalau selebriti lain confirm ada yang mengamuk kerana kisah cinta mereka sering diperkatakan, Raja Azmi berharap setiap kontroversi yang dilaluinya akan dijadikan pengajaran oleh masyarakat. Cool kan?
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved