Dilibas Adik Sendiri Yang Fanatik PAS!

Thursday 4 April 20130 comments

Belum pun tempoh berkempen bermula secara rasmi, namun sudah muka timbul kisah-kisah yang kurang elok didengar.
Dalam satu kejadian di Kampung Cabang Tiga Melawi, Backok, Kelantan malam tadi, seorang adik dipercayai  melibas abangnya dengan parang hanya kerana masalah berlainan parti.
Mynewshub difahamkan, kejadian bermula akibat tidak puas hati suspek (adik) apabila mangsa (abang) membuka pejabat parti Barisan Nasional (BN) di tanah milik ibu mereka.
Suspek yang dipercayai merupakan penyokong parti PAS tidak senang dengan tindakan abangnya itu.
Selepas berhadapan dengan abangnya, berlaku pertikaman lidah yang membawa kepada pergaduhan dengan si adik melibas bahu abangnya.
Lelaki berkenaan mengalami kecederaan yang agak serius dan terpaksa dibawa ke hospital.
Perkara berkenaan kini sedang disiasat oleh pihak polis.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved