DUN Pulau Pinang Bubar Hari Ini

Friday 5 April 20130 comments

GEORGE TOWN – Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubar secara rasmi hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 berlangsung serentak dengan pilihan raya peringkat Parlimen.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau berjumpa dengan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pagi ini bagi mendapat perkenan pembubaran DUN negeri itu.
Berucap pada majlis perjumpaan dengan Anggota Exco dan pegawai-pwgawai kanan kerajaan negeri di sini, Lim berkata Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussin telah menyerahkan notis pengisytiharan pembubaran berkenaan kepada SPR negeri pada pukul 11 pagi.
Pulau Pinang mempunyai 40 kawasan DUN dengan 19 kerusi terletak di pulau, dan selebihnya di tanah besar.
Pada pilihan raya umum lepas, pakatan pembangkang membentuk kerajaan negeri apabila DAP memenangi 19 kerusi DUN, PKR memenangi sembilan kerusi dan PAS memenangi satu kerusi DUN iaitu di Permatang Pasir.
BN pula hanya memenangi 11 kerusi DUN dan kesemuanya diwakili Umno.
Bagi 13 kerusi Parlimen, pada pilihan raya umum 2008 DAP miliki tujuh, PKR empat dan Umno dua.
Bagaimanapun, dua daripada anggota parlimen PKR iaitu Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal) kemudiannya meninggalkan parti berkenaan dan mengisytiharkan sebagai wakil rakyat bebas. – BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved