Gambar Majlis Akikah Anak Irma Hasmie

Thursday 4 April 20130 comments



Semalam telah berlangsung majlis akikah serta cukur jambul cahaya mata sulung Irma Hasmie Ibrahim dan suaminya, Redza Syah Azmeer di kediaman ibu bapa Irma yang terletak di Desa Coalfields, Sungai Buloh.
Anak lelaki mereka, Redza Syah Irfhan telah genap berusia seminggu semalam selepas selamat dilahirkan pada 29 Mac yang lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Antara rakan artis yang hadir pada majlis itu ialah rakan rapat Irma iaitu Diana Amir dan Yatt Hamzah.
Jom layan dulu gambar kemeriahan majlis itu dan kecomelan wajah Redza Syah Irfhan yang tentunya bakal ditatang minyak yang penuh oleh kedua ibu bapanya selepas ini.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved