GEMPAR!! Pak Hassnar Hilang Gagal Dikesan, SAMM Buat Laporan Polis

Tuesday 2 April 20130 comments

Kenyataan Terbuka
2 April 2013
Pak Hassnar Hilang Gagal Dikesan, SAMM Buat Laporan Polis

Hassnar Ibrahim (bekas DO Sandakan) merupakan individu yang bertanggungjawab mendedahkan perihal projek IC dan rusuhan di Sabah angkara Tun Mahathir, telah hilang dan tidak dapat dikesan. Beliau bersama isterinya telah menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada hari Ahad dan kemudian langsung tidak dapat dihubungi lebih dari tempoh 24 jam.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan Hassnar dan isteri di atas situasi ini. Kedudukan Pak Hassnar mungkin berbahaya kepada pihak tertentu kerana pendedahan sensasi yang dilakukan khususnya memetik Tun Mahathir sebagai dalang pemberian IC kepada warga asing di Sabah yang menjurus kepada berlakunya pencerobohan Lahad Datu.

Satu laporan polis akan dibuat oleh SAMM di Balai Polis Jalan Pantai Baharu pada jam5.30 petang ini. Pengamal media adalah dijemput untuk membuat liputan.
 
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved