Jilid 1 Liwat 1998 - Kisah Anwar Ibrahim Seorang Banduan

Saturday, 20 April 20130 comments





Sebelum ini Gomo telah pun menjelaskan pekara mengenai banduan yang bernama Anwar Bin Ibrahim yang kini merupakan ketua Umum Pakatan PKR. Banduan ini juga sekarang sedang memperomosi dirinya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Najib Razak yang bukan seorang banduan.

Ramai yang bertanyakan kepada Papa Gomo berkenaan hukuman Anwar Ibrahim yang jalankan di penjara Sungai Buloh. Ramai yang bertanyakan "bukan sebab liwat ke Anwar Ibrahim dipenjarakan?" Ada juga komen dari pembangkang yang menyatakan hukuman Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana "konspirasi liwat". Antara komen yang paling menarik bila ada yang menyatakan "Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana kes Liwat yang beliau tidak lakukan dan Tun Mahathir sumbat Anwar Ibrahim dalam penjara".

Betul ke Anwar Ibrahim merengkok didalam penjara kerana kesalahan meliwat? Apakah rakyat hari ini tahu sejarah sebenar kes 1998 yang mana Anwar Ibrahim telah merengkok didalam penjara selama 6 tahun adalah kerana kesalahan MELIWAT? Jom kita Imbas siapa Banduan bernama Anwar Ibrahim ini.

Fakta Kes Banduan beranama Anwar Ibrahim


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar.

Hakim Datuk Ariffin Jaka memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa selepas Anwar selesai menjalani penjara enam tahun kerana kesalahan rasuah.

Adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang menghadapi dua tuduhan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan.

Hakim bagaimanapun tidak mengenakan Anwar hukuman sebat yang hanya terhad kepada pesalah berumur 49 tahun ke bawah.

Sukma didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan dan bersubahat dengan Anwar meliwat bekas pemandu peribadi isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu. Hakim Ariffin bagaimanapun memerintahkan Sukma menjalani hukuman penjaranya secara serentak.

Anwar yang berusia 53 tahun bersama Sukma, 39, didapati bersalah meliwat Azizan, 40, pada satu malam, di antara Januari hingga Mac 1993, di apartmen Sukma, unit No. 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk di sini.

Hukuman terhadap mereka mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Di bawah seksyen itu ia membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat.

Hakim Ariffin turut menggunakan budi bicaranya di bawah Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah untuk membenarkan Sukma diikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin sementara menunggu rayuan terhadap hukuman tersebut di Mahkamah Rayuan.

Bagi syarat jaminan, Sukma diperintahkan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Anwar memulakan hukuman penjara enam tahunnya sekarang pada 14 April tahun lepas setelah didapati bersalah terhadap empat tuduhan rasuah kerana campur tangan dalam siasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksualnya.

Dakwaan itu membawa kepada pemecatannya daripada jawatan kabinet pada 2 Sept 1998.
Sebelum hukuman hari ini diputuskan Anwar menyampaikan hujahnya sendiri meminta hukuman ke atasnya diringankan. Sementara peguam Sukma, Gobind Singh Deo membuat rayuan itu bagi pihak anakguamnya.

Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Ariffin menjelaskan beliau mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan oleh Anwar dan mesti menangani perbuatan terkutuk tersebut dengan cara yang betul.


Beliau menyifatkan perbuatan meliwat sebagai suatu yang menjijikkan dan ''masyarakat kita mahukan mereka yang melakukan kesalahan seperti itu diadili sewajarnya.''

''Ia satu keputusan yang sukar dibuat. Dalam menjatuhkan hukuman ia mestilah mencerminkan betapa seriusnya kesalahan itu, kepentingan orang ramai dan keadaan sekeliling,'' kata Hakim Ariffin.

''Ada keterangan yang mencukupi berhubung dua tuduhan itu dalam pengakuan Sukma yang telah disokong oleh keterangan Azizan.

''Inilah yang menampakkan kredibilitinya. Tidak ada sebab mengapa Azizan berbohong kerana dia tidak mempunyai apa-apa melainkan kerugian semata-mata akibat membuat aduan itu,'' jelas beliau.

Terdahulu, Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah semasa menggesa mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap Anwar dan Sukma, berkata kesalahan itu adalah serius kerana ia memperuntukkan hukuman maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

''Hukuman yang berat patut dikenakan kepada kedua-dua yang dituduh terutama tertuduh pertama (Anwar), kerana kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh pertama dilakukan oleh seorang yang ketika itu memegang jawatan tinggi di negara ini, seorang yang menyalahgunakan kedudukan beliau terhadap pekerja bawahannya,'' katanya.

Beliau kemudian meminta mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Anwar secara berturutan selepas selesainya hukuman yang dijalani sekarang.

Sejurus mahkamah bersidang pukul 9.35 pagi ini, Mohtar memaklumkan beliau hadir mengetuai pasukan pendakwaan bersama Timbalan-Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Azahar Mohamad dan Mohd. Yusoff Zainal Abidin.

Pihak pendakwa turut dibantu oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Nordin Hassan dan Shamsul Sulaiman.

Mohtar memohon maaf bagi pihak Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail dan Timbalan Pendakwa Raya, Tun Majid Tun Hamzah yang tidak dapat hadir kerana mengendalikan pendakwaan kes Al-Ma'unah di Mahkamah Sesyen, Taiping pagi ini.
Christoper Fernando pula mengetuai pasukan peguam bela Anwar bersama Karpal Singh, Zainur Zakaria, Gurbachan Singh, S.N. Nair, Pawancheek Marican dan Zulkifli Noordin.

Jagdeep Singh Deo dan adiknya, Gobind Singh Deo bertindak sebagai peguam bela Sukma.

C.V. Prabhakaran hadir sebagai peguam pemerhati mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Hulu Klang, Azmin Ali yang merupakan seorang saksi penting pembela.

Ketika membaca penghakiman ringkasnya, Hakim Ariffin menegaskan kes pendakwa bersandarkan keseluruhannya atas keterangan Azizan.

Katanya, kes pembelaan pula pada alibi, konspirasi dan mendakwa keterangan rekaan.
Beliau berkata, bagi mewujudkan sama ada elemen itu dibuktikan maka ia harus menimbangkan kredibiliti Azizan.

Menurut Hakim Ariffin, Azizan memberi keterangan selama 10 hari dan menjawab soalan balas peguam bela yang dibuat dengan agresif dan bertalu-talu. Namun, jelas beliau, keterangan Azizan didapati tidak tergugat.

Malah, katanya, juga terdapat keterangan daripada soalan balas terhadap pegawai penyiasat, Senior Asisten Komisioner (SAC), Datuk Musa Hassan bahawa Azizan telah membuat lima kenyataan yang konsisten sebelum itu.

Tambahan pula, kata Hakim Ariffin, keterangan Azizan adalah konsisten dengan pengakuan yang dibuat oleh Sukma yang mana telah diputuskan oleh mahkamah ia dilakukan dengan sukarela.

''Saya juga yakin mengenai kebenaran yang disebutkan dalam pengakuan tersebut,'' ujar beliau.

Keputusan beliau itu, kata Hakim Ariffin, adalah konsisten dengan fakta yang telah digunakan oleh Sukma dalam pengakuannya ketika merayu bagi meringankan hukuman setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan membenarkan dirinya diliwat oleh Anwar di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Oleh itu, ujar beliau, keterangan Azizan boleh dipercayai.

Hakim Ariffin juga menjelaskan keterangan Azizan mencukupi untuk menyokong pengakuan yang telah dibuat oleh Sukma.

''Walaupun ia suatu pengakuan yang dibuat oleh salah seorang tertuduh namun begitu ia mengandungi butir-butir keterangan yang penting dan boleh digunakan terhadap tertuduh pertama (Anwar),'' kata beliau.

Oleh demikian, tambah beliau, terdapat bukti daripada keterangan Azizan terhadap Sukma dan Anwar.

Hakim Ariffin berkata, keterangan Azizan juga menyokong tentang perilaku Anwar yang meminta Musa menghentikan penyiasatan berhubung dakwaan terhadapnya.

Katanya lagi, Sukma menghadapi dua tuduhan, bersubahat dan meliwat dengan Anwar.
Berhubung pembelaan alibi, Hakim Ariffin menjelaskan bahawa Anwar mestilah menunjukkan dia berada di tempat-tempat yang berlainan pada 1 Januari hingga 31 Mac 1993.

Tetapi, menurut Hakim Ariffin, tidak terdapat sebarang keterangan yang menyatakan Anwar berada di mana pada 1 Januari hingga 12 Februari 1993.

Oleh itu, katanya, Anwar gagal membuktikan pembelaan alibi tersebut.

Sukma pula, menurut beliau, tidak dapat menunjukkan bukti bahawa bilakah pengubahsuaian apartmennya dimulakan dan disiapkan.

''Walaupun kerja-kerja ubahsuai dijalankan namun ia gagal menimbulkan sebarang keraguan bahawa kesalahan itu tidak berlaku di apartmen itu,'' katanya.

Hakim Ariffin juga menyentuh keterangan saksi pendakwa, bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar yang dipersoalkan oleh Anwar bahawa kemungkinan polis cuba memeras ugutnya.

''Ini menampakkan bahawa tertuduh pertama itu ada sesuatu yang merisaukannya,'' jelas Hakim Ariffin.

Selepas menimbangkan sebab-sebab yang dijelaskan, kata Hakim Ariffin, beliau berpuas hati bahawa pendakwa membuktikan keraguan yang munasabah terhadap kedua-dua tertuduh.

Dengan itu, tegasnya, mahkamah mendapati kedua-dua tertuduh bersalah sebagaimana mengikut pertuduhan.

Fernando kemudian memaklumkan bahawa Anwar ingin menyampaikan sendiri rayuan sebelum hukuman dijatuhkan.
Oleh: KAMARIAH AHMAD


Untuk makluman semua dalam kes liwat yang terdahulu pada tahun 1998 telah membuktikan bahawa Anwar Ibrahim sememangnya bersalah dalam meliwat Sukma dan Azizan. Dalam keterangan mahkamah sepertimana diatas Gomo ada MERAHKAN apa yang penting untuk rakyat Malaysia memahami setiap patah perkataan tersebut.

Hukuman yang dikenakan keatas Anwar Ibrahim adalah PENJARA 9 Tahun dan untuk rekod kes liwat ini dibicarakan dimahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Namun demikian semasa Anwar Ibrahim menjalani proses hukuman Penjara 6 tahun diatas kesalahan RASUAH dan SALAH GUNA KUASA beliau telah membuat rayuan ke mahkamah Rayuan dan akhirnya ke Mahkamah Persekutuan yang mana diakhir sekali keputusan telah membebaskan Anwar Ibrahim dari kesalahan meliwat atas sebab sebab KESILAPAN TEKNIKAL


Korum mahkamah pada ketika itu terdiri daripada tiga orang Hakim iaitu Datuk Abdul Hamid Mohammad, Datuk Rahmah Hussin dan Datuk Tengku Baharuddin Shah Tengku Mahmud.
Jadi, tiga orang Hakim ini membuat keputusan majoriti. Maksud dua orang Hakim menerima rayuan Anwar, seorang Hakim menolak rayuan Anwar.
Ini ground of judgement yang dibuat oleh Datuk Abdul Hamid Mohammad dan Tengku Baharuddin Shah. Dua orang Hakim tu dia bergabung satu alasan penghakiman. Dan Hakim yang menolak rayuan Anwar Datuk Rahmah Hussin memberikan ground of judgement yang berbezalah di dalam kes Anwar ini.
“To summarize our judgement event the reading appeal record we find evidence to confirm that the appellants Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometimes discourt as cause…..”
Di sini bermaksud, Hakim Datuk Hamid sendiri kata, beliau mempercayai bahawa memang appellants dalam kes ini iaitu Datuk Seri Anwar, memang terlibat dalam kegiatan homoseksual dan beliau percaya insiden itu telah berlaku di Tivoli Villa.
Mahkamah tidak boleh nak memutuskan telah berlaku itu hanya sebab teknikal. Sebab tarikh tak ingat, tak ada rekod dan sebagainya. Jadi, mahkamah menerima rayuan Anwar itu semata-mata sebab teknikal.

Atas sebab keputusan Mahkamah Persekutuan lah Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada tahun 2004. Dan dek kerana keputusan mahkamah Persekutuan inilah ramai yang lupa bahawa hakim telah mengesahkan bahawa KEJADIAN LIWAT MEMANG BERLAKU namun Anwar dibebaskan atas kesilapan TEKNIKAL semata mata.

Kes ini sama seperti kes Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari yang mana Anwar Ibrahim dibebaskan atas sebab sebab kesilapan TEKNIKAL. Gomo tidak hebat untuk bercakap panjang dalam bab undang undang namun kepada mereka rakyat yang pernah mengalami perbicaraan di Mahkamah ataupun merupakan keluarga kepada individu yang bersalah dalam kes Liwat , Pengedar Dadah, Rompak,ataupun Rogol pastinya tahu ruang dan peluang untuk menang melalui kesilapan teknikal.

Apa yang pasti Banduan bernama Anwar Ibrahim merengkok didalam penjara adalah kerana melakukan kesalahan RASUAH dan juga SALAH GUNA KUASA yang mana sewaktu itu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Hakikat yang pedih dan perit untuk diterima Anwar Ibrahim sehingga kini adalah beliau cuba melupakan hukuman penjara 6 tahun yang beliau jalani sebagai seorang Banduan. Dan kes Rasuah dan Salah guna kuasa ini lah juga beliau cuba membuat pera penyokong PKR diam dan melarang untuk bercakap mengenai hukuman dalam kesalahan jenayah tersebut.

Siri 2 Banduan Beranama Anwar Ibrahim akan menyusul esok menceritakan kes Rasuah dan Salah Guna Kuasa yang beliau lakukan.

Psssttt.... Liwat tetap Liwat dan itulah Banduan bernama Anwar Ibrahim. Apakah Banduan ini yang kita mahu jadikan Perdana Menteri Malaysia?
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved