KENANGAN DULU-DULU: PERTAMA KALI AKU BERTEMU DS NAJIB LEBIH 5 TAHUN DULU...

Tuesday, 2 April 20130 comments


Aku adalah di antara 14 orang bertuah yang pernah bertemu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika itu, dia masih lagi berjawatan TPM. Pertemuan tersebut merupakan satu penghargaan kepada kami yang sekian lama menyokong kepimpinan beliau.
Masa tu, aku masih ingat lagi, pelbagai persoalan telah kami timbulkan. Banyak kami tanya tentang perancangan beliau selepas peralihan kuasa menggantikan Pak Lah. Dan dia dengan tenang menjawab satu persatu soalan-soalan kami...
Kini, sudah 4 tahun beliau bergelar PM. Biarpun tak cukup sepenggal, aku sangat teruja apabila DS Najib telah mengotakan segala kata-kata beliau pada kami ketika itu. Maaf, aku tak boleh beritahu butirannya. 
Cukuplah untuk menyatakan beliau telah berjaya melaksanakan perubahan yang rakyat inginkan...
Di bawah adalah perbandingan di antara DS Najib dan Anwar Berahim... Aku kira, puak Pakatan Haram memang akan kutuk semua pencapaian DS Najib di bawah dan memuji Anwar. Tapi aku yakin, hati mereka yang paling dalam mengakui segala kehebatan Najib...Anwar ada?



Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved