Kenapa Sampai Macam Tu Datuk Seri Azizan?

Thursday 4 April 20130 comments

Sekarang heboh dalam internet gambar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang dikatakan terjatuh hingga terpaksa dipapah para pegawai dan penyokongnya.
Tidak pasti bagaimana keadaannya sekarang, namun harap-harapnya beliau sihat-sihat sahaja.
Kalau benar beliau sakit, harapnya Menteri Besar Kedah itu berundur diri daripada menjadi Menteri Besar dan calon pilihanraya ke- 13 ini.
Menjadi seorang wakil rakyat dan Menteri Besar terutamanya bukanlah satu tugasan yang mudah.
Ia memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi..tidak boleh kurang satu antara duanya.
Ini bukan kali pertama beliau sakit, malah sudah beberapa kali keluar masuk hospital dalam tempoh terdekat ini.
Mungkin cadangan ini dilihat sebagai satu sindiran tetapi terus terang, ia memang perkara yang serius.
Dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu ini Azizan perlu berundur.
Kegagalannya untuk berbuat demikian akan menyebabkan rakyat tertanya-tanya…TIDAK ADA CALON PAS LAGI KE YANG BOLEH DIANGKAT MENJADI CALON DAN MENTERI BESAR SAMPAIKAN ORANG SAKIT PUN MASIH DISURUH BEKERJA!
Ini sudah tentu mededahkan dirinya dan Pas sendiri kepada kritikan masyarakat dan pihak lawan.
Lagipun rasanya Pas Kedah bukanlah ketandusan pemimpin sangat untuk menggantikan tempatnya.
Apapun terserah pada yang empunya badan dan pucuk pimpinan Pas sendiri.
Cuma ingatlah, kesihatan tubuh badan adalah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai…lebih eloklah dicegah sebelum parah, setuju tak Datuk Seri?
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved