Ketepi Penyokong Setia, Utamakan Kroni

Saturday 6 April 20130 comments

GEORGE TOWN – Selepas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Pahat, Syed Hamid Ali menjadi mangsa keghairahan Datuk Seri Anwar Ibrahim menampilkan muka-muka kroninya sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kini giliran Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff pula ditinggalkan oleh ketua pembangkang tersebut selepas jasa mereka tidak perlukan lagi.
Ia apabila Ketua Umum PKR itu dalam satu ceramah perdana di Sungai Ara di sini secara tiba-tiba mengumumkan Pengurus Sumber Manusia Linear Semiconductor Sdn. Bhd., Muhammad Bakhtiar Wan Chik sebagai calon kerusi Parlimen Balik Pulau sekali gus mengenepikan Mohd. Yusmadi yang memenangi kerusi itu untuk PKR pada 2008 sekali gus mengejutkan ramai penyokong PKR di kawasan berkenaan.
Ibarat habis madu sepah dibuang, lebih menyedihkan apabila Anwar tidak mengumumkan sebarang kerusi Parlimen untuk ditandingi Mohd. Yusmadi pada PRU13 yang telah berjasa kepada beliau selama ini sebaliknya hanya berjanji akan memberi peguam itu jawatan dipejabatnya selepas ini.
“Yusmadi telah menjadi ahli parlimen yang baik dan saya ucapkan terima kasih atas khidmat dan susah payah dia membawa perubahan.Tapi saya ingat sudah sampai ketikanya dia sebagai seorang pemuda kalau dia setuju bagi dia tugas lain di pejabat saya dan di sekretariat pusat keadilan dan Insya-Allah dalam kerajaan baharu,” katanya.
Anwar sebelum ini mengecewakan ramai penyokong dan pendokong PKR Batu Pahat apabila mengumumkan rakan baiknya merangkap Naib Presiden NGO Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dan bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Idris Jauzi bertanding di Parlimen Batu Pahat.
Keputusan itu menimbulkan rasa tidak puas hati menyebabkan penyokong Syed Hamid mewujudkan akaun Facebook bagi menyatakan sokongan Ketua Cabang PKR Batu Pahat itu sebagai calon PKR di Parlimen Batu Pahat dan menolak Idris yang dianggap sebagai calon “ payung terjun”. Akaun Facebook itu mendapat sokongan hampir 6,000 `like’ sehingga hari ini.
Ramai pihak berkepentingan politik melihat suasana itu bakal menimbulkan persepsi tidak baik untuk PKR menjelang PRU13 apabila tindakan Anwar itu secara tidak langsung mengambarkan `muka sebenar’ Ketua Pembangkang itu yang mengutamakan kroni dan kepentingan diri daripada kepentingan penyokong dan pengikut setianya sejak peristiwa 1998.
Anwar pada majlis sama turut mengumumkan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin sebagai calon PKR untuk bertanding kerusi Parlimen Bayan Baru pada PRU13.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved