Najib Umum Tiga Projek Di Cyberjaya

Thursday 4 April 20130 comments

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tiga projek tumpuan ramai yang dirancang untuk memenuhi permintaan masa depan Cyberjaya.
Projek-projek tersebut ialah masjid Cyberjaya masjid, pembangunan 2,500 unit perumahan dan komersil serta pusat bandar Cyberjaya.
Projek-projek ini melibatkan kos sejumlah RM8 bilion.
Najib berkata projek itu bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan hab ICT, tetapi juga memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara.
“Cyberjaya merupakan komponen penting dalam program transformasi ekonomi dan kami akan memastikan pembangunan berterusannya,” katanya pada majlis pecah tanah masjid di sini, Jumaat. – mStar Online
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved