Orang Pas Tidaklah Sehebat Alexander The Great

Thursday 4 April 20130 comments

Kisah Alexander The Great dibawah mungkin boleh dijadikan iktibar oleh segelintir puak-puak Pas yang merasa taksub dan sombong dengan pahalanya, amalannya, doanya dan segal tindak tanduknya yang kononnya menjurus lebih kepada Islam. 
Namun dalam kebanyakkan kes ucapan yang dilaung tidaklah sehebat amalan yang dipraktik. Mengaku lebih Islam dan alim tapi sering mencari kesalahan orang lain. Dengan mudah pula mengatakan seseorang yang tidak menyokong Nik Aziz sebagai kafir. 



Mencaci, menghina bahkan orang yang tidak menerima pendidikan agama pun berupaya mengeluarkan fatwa sesuka hati. Dan ini semua dengan rela hati direstui oleh pimpinan Pas. Kalimah Allah tidak lagi dipandang sebagai sesuatu yang mulia dan suci.  
Kerana apakah ini semua berlaku...KUASA!!!
Semasa nazak, dalam keadaan kritikal, Raja terkenal dari Greece, iaitu Alexander the Great atau ada yang mengatakan Iskandar Zulkarnain berkata kepada tabib yang merawatnya:


“Ambillah separuh dari kekayaanku, jika kamu dapat menghantar aku untuk menemui ibuku sebentar saja…”

Tabib tersebut menjawab:

“Jangankan separuh, bahkan seluruh kekayaan Baginda diberikan kepada hamba semuanya, hamba pun tidak mampu menambah walau satu tarikan nafas.”

Mendengar jawapan tersebut, air mata pun berlinang di pipi raja tersebut, dia berkata:

“Seandainya saya tahu begitu berharganya satu tarikan nafas, maka saya tidak akan menyia-nyiakan waktu hanya untuk mengejar KEKUASAAN.”

Kemudian Raja tersebut pun berpesan, supaya sewaktu diarak di dalam keranda menuju peristirahatannya yang terakhir, dia minta agar kedua tangannya dikeluarkan, supaya setiap rakyatnya dapat melihat bahawa menunjukkan Alexander Agung yang hebat dan mampu menguasai wilayah terbesar sepanjang sejarah kehidupan manusia ini ternyata harus berpulang dengan tangan kosong.


Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved