PENTING - Pesanan Buat Rakan Pejuang Media Pro Kerajaan

Tuesday 2 April 20130 comments





Hari ini dua buah portal yang boleh dikatakan mesra kerajan telah digodam oleh penceroboh upahan Anwar Ibrahim. Portal yang dimaksudkan adalah portal Agenda Daily dan juga KLPOS.

Petang tadi juga Anwar Ibrahim telah mula menampakkan ketakutan beliau terhadap media media online pro Kerajaan apabila MENGHALAU Wartawan Agenda Daily dari masuk membuat liputan di Pejabat PKR bertempat di Tropicana.

Apa yang Gomo nampak disini Anwar Ibrahim dan seluruh kepimpinan Pakatan Pembangkang akan melakukan apa sahaja demi menghapuskan maklumat yang akan disampaikan oleh media media online pro Kerajaan Barisan Nasional menjelang PRU 13 ini.

Blog Papa Gomo sendiri telah beberapa kali cuba dihack namun setakat ini masih lagi selamat namun belum diketahui sejauh mana dan sampai bila Blog Papa Gomo dapat bertahan dalam mengharungi PRU 13 ini nanti.

Pesanan buat seluruh rakan Blogger Pro Kerajaan Barisan Nasional agar dapat melakukan beberapa tindakan dalam memastikan keselamatan Blog anda menjelang pertarungan sengit kita dengan pihak Pakatan Pembangkang.

1) Tukar Password dengan sebaik mungkin dengan kata laluan yang selamat
2) SIGN OUT Komputer ataupun Laptop anda setelah selesai menggunakanya.
3) PASANG ANTIVIRUS dan pastikan tidak tamat tempoh.
4) Sentiasa SCAN komputer @ Laptop anda dari sebarang vidus.
5) BUANG mana mana yang tidak berkaitan dengan blogg seperti Banner, Iklan dan sebagainya. Ini dapat meringankan blog dan memudahkan juga kepada pelayar untuk masuk membaca Blog kita.
6) JANGAN KLIK LINK KOMEN yang diletak didalam blog, Facebook mahupun Twiiter anda.

Lain lain ikut kepandain sendiri dan inisiatif sendiri.

Lihatlah rakyat Malaysia betapa takutnya Pakatan Pembangkang ini dengan jentera media Pro Kerajaan  Barisan Nasional. Mereka tahu PRU 13 kali ini cukup sengit yang mana penguasaan mereka dalam mendominasi media baru sudah berjaya diatasi oleh media pro Kerajaan. Atas faktor ini lah mereka menggunakan taktik JIJIK dengan melenyapkan portal, blogg, FB dan juga Twiiter pejuang pejuang Negara seperti kami ini kerana takut dengan apa yang kami dedahkan mengenai mereka Pakatan Pembangkang.

Apa sekalipun jangan lemah semangat dan berundur, kita akan lawan habis habisan puak puak bangsat Pakatan Pembangkang ini sehingga mereka sedar bahawa Rakyat Malaysia mahukan kebenaran dan bukannya rekayasa Fitnah jahat sepertimana yang mereka lakukan selama ini.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved