Persatuan Hindu Desak Selena Minta Maaf

Monday 22 April 20131comments


Penampilan bintang pop remaja, Selena Gomez mengenakan kostum seksi berwarna merah menyala, di Anugerah Filem MTV (MTV Movie Award) baru-baru ini, cukup menarik perhatian ramai. Tambah-tambah apabila penyanyi kacukan Itali-Mexico ini membuat persembahan ala Bollywood mendendangkan single terbarunya, Come And Get It.
Namun persembahan seksi lagi beraninya itu telah membawa pada buat penyanyi berusia 20 tahun itu apabila dia telah didakwa menghina agama Hindu lantas dia telah dikecam oleh Persatuan Hindu Universal (UHS).
Ini kerana Selena Gomez dilihat turut memakai ‘bindi’ – simbol agama untuk orang Hindu – di dahinya semasa persembahan tersebut.
Dalam laporan The Sun menyebut, bintang Disney itu didesak agar memohon maaf kepada persatuan berkenaan.
“Bindi yang diletakkan di dahi adalah satu tradisi dalam agama Hindu purba dan mempunyai kepentingan agama.
“Ia bukan bertujuan untuk mengoda ataupun sebagai aksesori fesyen. Selena harus meminta maaf dan dia juga perlu memahami tentang asas-asas agama di dunia.”, kata pemimpin Persatuan Hindu Universal, Rajan Zed. –newskhmer.blogspot.com
Share this article :

+ comments + 1 comments

25 April 2013 at 02:15

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved