PKR Makin Haru, Azmin TEGASKAN Memang Wan Azizah Tak Bertanding!

Friday, 5 April 20130 comments

PETALING JAYA – Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mengesahkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak bertanding dalam pilihan raya kali ini.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan yang sangat jelas bahawa Wan Azizah tidak akan bertanding kali ini,” kata Azmin menjawab berkenaan isu itu pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Menurutnya, Presiden KEADILAN berperanan besar pada waktu kempen pilihan raya dan akan ke seluruh negara untuk menjelaskan tawaran Manifesto Pakatan Rakyat.
“Wan Azizah mempunyai peranan yang lebih besar, tidak semestinya sebagai calon. Beliau punya pengaruh kuat di kalangan wanita.
“Dia perlu ke seluruh negara untuk menarik dan meyakinkan golongan wanita tentang pentingnya peranan mereka,” kata Azmin.
Menurut Azmin, perkara itu selari dengan dasar parti yang meletakkan sasaran 30 peratus wanita sebagai calon.
“Kita ada polisi yang jelas dalam memperjuangkan wanita, malah menerusi pemilihan calon KEADILAN ada 30 peratus peluang untuk wanita menjadi wakil, dan kita semakin hampir dengan peratusan itu,” jelas Pengarah Pilihan Raya KEADILAN itu.
Keadilan Daily semalam melaporkan, Ketua Umum dalam temubual bersama Al-Jazeera pada Rabu lalu memaklumkan Wan Azizah tidak bertanding.
“Azizah mampu untuk memimpin parti semasa saya berada dalam penjara. Beliau mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding pilihan raya,” kata Anwar.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved