Rita Rudaini Nafi Ditaja ‘Datuk S’

Friday 5 April 20130 comments

Kemelut rumah tangganya masih belum selesai, tetapi kini timbul pula gosip yang mengatakan aktres jelita Rita Rudaini ditaja oleh seorang lelaki berpangkat Datuk.
Rita bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut dan memberitahu tuduhan itu ditimbulkan selepas ada pihak yang mempersoal penggunaan nama ‘RS’ terhadap jenama produknya itu yang membuat andaian bahawa adjab ‘S’ itu merujuk kepada nama Datuk yang menajanya.
“Banyak pihak yang tuduh bahawa Rita ditaja seorang Datuk bernama ‘S’. semuanya sebab nama ‘RS Collagen’. Banyak orang tak tahu, sebenarnya ‘RS’ adalah gabungan nama Rita dengan rakan perniagaan Rita iaitu Saleha,” ujar Rita kepada Murai.
Dalam pada itu, Rita berkata, dia sudah lali dengan cakap-cakap orang mengenai dirinya.
“Apa orang nak cakap biarlah, ini adalah usahasama Rita dan Saleha saja,” katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved