SPAD Lancar Skim Insurans Lindungi Pelajar

Friday, 5 April 20130 comments

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melancarkan skim insurans untuk kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara esok.
Mynewshub.my difahamkan skim itu merupakan perlindungan insurans kemalangan berkelompok takaful untuk pelajar Pra-Sekolah hingga Tingkatan 6.
Insurans itu akan melindungi pelajar sekolah di bawah Kementerian Pelajaran yang menaiki bas sekolah berlesen dengan SPAD termasuk di Sabah dan Sarawak.
Skim itu merupakan satu lagi bukti terhadap kewibawaan kerajaan dalam menjamin keselamatan dan kebajikan pelajar sekolah.
Media pada 26 Disember lalu melaporkan SPAD membuka tender menawarkan pakej perlindungan insurans kepada pelajar itu kepada syarikat yang berminat.
Syarikat insurans akan diminta membentangkan syor atau cadangan mereka berhubung pakej yang ditawarkan meliputi insurans kehilangan nyawa dan kemalangan diri.
Dalam Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid yang menggunakan khidmat bas sekolah berpermit.
Skim yang memanfaatkan pelajar dan murid itu menyediakan perlindungan maksimum RM100,000 dengan kos premium RM40 juta untuk tempoh dua tahun yang akan diselia SPAD. – mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved