Wajah Artis Malaysia Tanpa Mekap

Friday 26 April 20130 comments

Sebagai seorang selebriti, memelihara kecantikan serta pandai menjaga imej merupakan ciri utama yang perlu dititik beratkan oleh mereka untuk terus diminati ramai.
Semasa menjalani penggambaran, tentunya mereka perlu tampil bermekap mengikut kesesuaian watak yang dijayakan sekali gus peminat kadang kala tertanya bagaimana wajah sebenar artis itu sekiranya tidak mengenakan sebarang solekan di wajah mereka yang mulus itu.
Sesekali artis-artis wanita ini juga selesa dengan tidak mengenakan sebarang solekan dalam menjalani rutin seharian mereka kerana ianya bagus untuk menjaga kulit wajah agar sentiasa sihat serta segar selalu.
Memang cantik semulajadi semuanya dan inilah kriteria yang menjadikan mereka sebagai artis yang sentiasa digemari ramai kerana rupa paras mereka yang tidak jemu dipandang mata walaupun tanpa mengenakan sebarang alat solek di wajah masing-masing.
Bagi penulis, baik ketika bermekap atau pun tidak, kecantikan yang dimiliki oleh Emma Maembong, Neelofa dan Siti Saleha memang nampak natural dan ‘flawless’.
Apa pula pandangan anda?
2
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved