Cerita Terkini Lina Joy Yang Pernah Mengaku Murtad

Wednesday 28 August 20130 comments

Cerita Terkini Lina Joy Yang Pernah Mengaku Murtad. Sapa yang tak kenal dengan nama Lina Joy kan. Nama yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu

Cerita Terkini Lina Joy Yang Pernah Mengaku Murtad | Sapa yang tak kenal dengan nama Lina Joy kan. Nama yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu. Terkini, ibu kepada Lina Joy memberi sedikit ulasan berkenaan anak beliau dalam program Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia iaitu program anjuran bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM). Ikuti kisah penuh.
Ibu kepada Azlina Jailani atau Lina Joy, wanita Melayu yang mengaku murtad, tidak pernah berhenti berdoa agar anaknya kembali ke pangkuan agama Islam. Wanita berkenaan, Kalthum Omar tetap bersabar dengan dugaan yang menimpa.
ibu lina joy Cerita Terkini Lina Joy Yang Pernah Mengaku Murtad
keluarganya biarpun dirinya dalam keadaan tua dimamah usia dan terpaksa berkerusi roda. Menurutnya, sejak keputusan kes mahkamah pada tahun 2007, dia tidak lagi bertemu dengan anak perempuannya yang meninggalkan negara untuk berada di Australia.
“Sedih memang sedih tetapi saya tidak berhenti berdoa agar dia kembali kepada agama Islam dan balik kepada keluarga,” katanya dalam program Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia di sini hari ini. Program itu merupakan anjuran bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM). Lina Joy pernah menggegarkan negara kerana pengakuan murtadnya, namun dia gagal dalam usahanya untuk menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada MyKad setelah penghakiman Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007. – Utusan
Semoga kita dan keluarga kita dijauhkan dari perkara ini. Nauzubillah Min Zalik
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved