GAMBAR: Jutawan Ini Sudah Berusia 58 Tahun!

Monday 26 August 20130 comments

PERCAYA atau tidak yang jelitawan di atas akan menyambut hari jadinya yang ke 58 pada bulan Oktober ini?
Itulah hakikatnya.
Liu Xiaoqing yang dulunya seorang pelakon terkenal di negara kelahirannya, China, kini merupakan seorang ahli perniagaan kaya raya di negara komunis itu.
Terbaru, Liu dinamakan wanita kedua tercantik dalam dunia oleh sebuah stesen televisyen Jepun.
Namun Liu ada sejarah hitamnya yang tersendiri.
Pada tahun 2002, Liu ditahan kerana disyaki cuba untuk mengelakkan cukai dan didenda berjuta-juta ringgit atas kesalahan tersebut.
Dalam kehidupan peribadinya, Liu telah empat kali berkahwin dan suami terbarunya merupakan seorang ahli perniagaan berjaya yang dikenali sebagai William.
Ada khabar angin mendakwa Liu telah membelanjakan kekayaannya dengan melakukan pelbagai pembedahan komestik, namun dia seringkali menafikannya.
Disebabkan wajahnya yang tak makan dek usia itu, dia pernah menerima tawaran untuk melakonkan watak seorang gadis berumur 19 tahun dalam sebuah filem pada tahun 2009!
Macam-macam hal…- Mynewshub.my
U7331P18DT20130512131356
124081490_31n
images
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved