Kerjaya Suram, Shiha Tak Putus Asa

Wednesday 28 August 20130 comments

Walaupun kerjaya seni penyanyi kelahiran program realiti Mentor, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir ini dilihat suram jika hendak dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain, namun dia sesekali tidak akan berputus asa dalam bidang yang dicintainya itu.
Mengakui berasa sedikit kecewa dengan perjalanan seninya namun penyanyi kecil molek ini tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang berlaku.
“Saya berharap dapat terus bertahan di dalam industri ini walapun sedar ia bukan sesuatu yang mudah kerana semuanya terletak pada nasib seseorang artis itu.
“Mungkin bukan rezeki saya untuk terus kekal popular biar pun sudah kerap menyertai pertandingan nyanyian namun saya berharap masih ada pihak di luar sana yang memberi saya peluang dan kesempatan supaya dapat bertahan di dalam bidang ini,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.
Sementara itu, Shiha kini sedang proses mencari material bagi single terbarunya selepas kali terakhir mengeluarkan single pada Ogos tahun lalu.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved