Persembahan Miley Di MTV VMA Dikritik Hebat

Tuesday 27 August 20130 comments



Persembahan penyanyi remaja Miley Cyrus dikritik hebat sesetengah pelayar laman video Youtube apabila ramai mengatakan aksinya ketika beraksi di pentas Anugerah Muzik Video MTV semalam sebagai sesuatu yang keterlaluan.
Ketika mendendangkan lagu hits terbarunya, We Can’t Stop, Cyrus sentiasa menjelirkan lidahnya selain beraksi separa lucah dengan penyanyi duetnya, Robin Thicke ketika menyampaikan lagu popular Thicke, Blurred Lines.
Muka
Miley yang mula popular dengan siri drama terbitan Disney Channel, Hannah Montana kini diihat seakan-akan berusaha terlalu keras untuk membuang imej gadis baik atau ‘girl next door’ ketika zaman Hannah Montananya.
Malah kebanyakan selebriti yang hadir turut dilihat kurang menyenangi aksi yang dipaparkan Cyrus kerana majlis itu disiarkan secara langsung dan tindakannya itu adalah tidak wajar untuk tontonan peminat-peminat ciliknya.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved