Sakinah Kritik Peminat Sebagai Ahli Syurga

Tuesday, 27 August 20130 comments


Sebagai seorang selebriti, adalah menjadi lumrah biasa apabila segala perbuatan dan kelakuan mereka menjadi tatapan serta perhatian umum.
Pelakon yang sering kali dikaitkan dengan video kontroversi Keeknya, Sharifah Sakinah sekali lagi memuat naik video di mana aktres itu mengkritik pihak yang menegurnya sebelum ini sebagai ahli syurga.
Adik kepada Sharifah Norhaslinda dan Sharifah Shahira ini seakan mahu melepaskan geram apabila membalas kritikan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini secara sinikal.
Nama Sakinah mula terpalit kontroversi apabila dia memuat naik video mengenai pakaian dalam yang dipakainya selain video tentang lupa menutup zip seluar yang menjadi perbualan hangat peminat industri hiburan tempatan.
Sakinah seharusnya mengurangkan aktiviti memuat naik video yang sensitif kerana tidak mustahil lama-kelamaan peminat akan mula berasa jelak dengan perbuatannya yang seakan menagih perhatian atau ‘attention seekers’ ini.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved