Adibah Noor Bengang Dengan Astro?

Monday 7 October 20130 comments

Kalau sesiapa menonton rancangan terbaru terbitan TV3, Liga Lawak Superstar yang baru memulakan siarannya semalam pasti anda perasan dengan kata-kata yang diungkapkan oleh pengacaranya, Adibah Noor.
Adibah Noor dikatakan seakan memerli rancangan terbitan Astro, Super Spontan yang pernah dikelolakannya sebelum ini.
Antaranya Adibah menyebut, “saya pengacara kat sini, sebab tu saya tiada di rancangan satu lagi. Untuk menyaksikan Liga Lawak Superstar, free saja.. tak perlu bayar apa-apa,” katanya dalam nada bergurau.
Mungkin Adibah hanya bergurau kot.. Yela dia kan memang terkenal dengan ayat-ayat gurauannya sama seperti ketika sedang mengelolakan konti radio Suria FM.
Pada mulanya, penulis pun musykil kenapa nama Adibah tidak disenaraikan sebagai pengacara Super Spontan bagi musim kedua sebaliknya tugasan itu telah beralih arah kepada penyampai radio Era iaitu Ray dan Haniff.
Mungkin sudah tertulis rezeki Adibah bersama Media Prima walaupun namanya digugurkan daripada rancangan Super Spontan sebelum ini.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved