Amani, Syamsul Yusof Bergaduh Di Twitter?

Tuesday, 8 October 20130 comments

Pelakon kecil molek Sharifah Amani memang dikenali sebagai selebriti yang lantang bersuara di laman sosialnya.
Terbaru, Amani mempersoalkan tindakan pihak berpengaruh dalam bidang perfileman yang dikatakan pilih kasih terhadap filem arahannya berbanding filem daripada pengarah lain.
Amani menulis di laman Twitternya, “filem gua ada darah sikit dapat PG18. Filem lu dadah, pukul, rogol, carut semua lengkap dapat PG13″.
NAN11
Walaupun tidak jelas kepada siapa ditujukan perkara tersebut, namun Syamsul Yusof yang merasakan tweet tersebut mengenai dirinya terus menaikkan status, “anak Fatimah Abu Bakar ni tak puas hati ke apa? Kasar bahasanya. Itu bukan caranya dik. Kurang ajar namanya. Jangan biadap bila bicara. Jangan lupa budi bicara”.
SYAMSUL1
Amani kemudian menjawab kenyataan Syamsul yang dia tidak berniat mempersoalkan rezeki Syamsul sebaliknya ianya bukan bersifat peribadi.
NANI
Sebaliknya aktres itu sebenarnya lebih terganggu dengan sistem pilih kasih yang berlaku dalam arena perfileman tanah air.
Amani pun sudah meminta maaf  kepada Syamsul sekiranya palakon dan pengarah tersohor itu tersinggung dengan kata-katanya sebelum ini.
AMANIII (1)
Mungkin jika ada apa-apa perkara berbangkit yang ingin dipersoalkan, sewajarnya tidak dibincangkan melalui laman sosial, sebaliknya ambillah langkah dengan berjumpa di antara satu sama lain.
Takde la sebarang spekulasi yang akan timbul, ini tidak saling berbalas di laman sosial, akhirnya tidak membuahkan sebarang hasil pun.
Tak gitu?
Oleh: AUDREY LEE
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved