British Airways Siasat Pramugari Beraksi Lucah

Thursday 10 October 20130 comments

SEBUAH rakaman video berdurasi 8 minit memaparkan dua wanita seksi beraksi ghairah dalam persalinan uniform British Airlines tiba-tiba mendapat perhatian ramai di laman maya sejak akhir-akhir ini.
Meskipun telah muncul di laman youtube sejak Julai 2012, baru sekarang video ini menjadi isu apabila ia kembali dinaikkan oleh penonton di laman berkenaan.
Dalam video tersebut, seorang pramugari kononnya membantu seorang lagi pramugari mencuci uniform dan mandi di dalam tab.
The Sun melaporkan, video ini dipercayai dirakam di bilik hotel tempat pramugari menginap sementara menunggu penerbangan berikutnya.
Ekoran hangat diperkatakan, British Airlines turut merasa tempiasnya apabila ia dikaitkan dengan moto syarikat mereka iaitu ‘to fly, to serve’.
Syarikat penerbangan itu bagaimanapun telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kakitangan atau pramugari mereka terlibat setelah disiasat.
Pun begitu, mereka mengakui siasatan lanjut masih diteruskan. – REM RAMZI
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved