GAMBAR: Gadis 20-an Bertukar ‘Makcik’ Gara-Gara Terlalu Ingin Dilihat Cantik

Thursday, 10 October 20130 comments

Seorang gadis berusia 20-an itu yang terlalu ingin dilihat cantik telah memilih kaedah pembedahan kosmetik bagi kelihatan lebih anggun dan menawan.
Namun kini dia terpaksa menerima kenyataan yang wajahnya dah bertukar jadi ‘makcik-makcik’ kerana kegagalan pembedahan tersebut.
Gadis dari China yang dikenali sebagai Xiaolian itu, memilih untuk menjalani rawatan kosmetik pada usia 17 tahun kerana kerap diejek bos tempat dia bekerja.
Disebabkan tidak mempunyai wang, dia ke sebuah klinik yang kononnya menawarkan caj yang murah.
Pada mulanya pipinya telah disuntik agar kelihatan ‘berisi’
Namun tidak lama kemudian mukanya mula membengkak hingga menyebabkan ia mula berubah bentuk.
Akhirnya dia kini kelihatan jauh lebih tua, bagaikan berada dalam usia 40-an!
Xiaolian kini hanya mampu menangisi nasibnya…nak patah balik dah tak boleh, duit pun dah takde.
Hadap jelah….macam-macam hal….
cosmetic02wm2_0
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved