Guna Khidmat Penari Bogel Untuk Tarik Penonton ( Sexy show)

Friday 4 October 20130 comments

Dalam keadaan terdesak dan dihimpit dengan pelbagai masalah, apa sahaja penyelesaian yang dirasakan boleh memberikan keuntungan pastinya akan dipertimbangkan tidak kira sama ada perkara itu bermoral atau pun tidak.
Di saat dilanda masalah kewangan yang teruk, sebuah kelab bola sepak Switzerland, FC Luzern mengambil langkah menyewa perkhidmatan penari bogel untuk menarik penonton hadir ke stadium.
Idea tersebut datang daripada pemilik kelab tersebut iaitu Bernard Alpstaeg yang kemudiannya telah diberi kelulusan oleh Persekutuan Bola Sepak Switzerland untuk meneruskan niatnya itu.
Penari yang diupah itu akan muncul di tengah stadium dengan hanya mengenakan bikini ketika pemain-pemain sedang melakukan sesi ‘warm up’ sebelum perlawanan dimulakan.
“Saya ingin sebuah persembahan sebelum perlawanan, saya ingin penari seksi menghibur penyokong sebelum perlawanan dimulakan. Stadium akan penuh, saya jamin akan perkara itu,” kata Alpstaeg.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved