Habib Ali Pimpin Program Muhammadku

Friday 4 October 20130 comments

Program keagamaan Al Kulliyah yang cukup sinonim dengan TV3 berehat seketika siarannya. Demi mengisi kekosongan program berkenaan TV3 menampilkan sebuah lagi program yang penuh ilmiah, Muhammadku yang bakal membawa penonton merasai dan mencontohi insan agung Rasulullah SAW junjungan mulia bermula 4 Oktober lalu, setiap Jumaat.
Pelbagai topik akhlak menarik akan disampaikan setiap minggu. Muhammadku, program terbaru yang penuh dengan teladan dan bersifat kerohanian dijangka mampu menarik minat variasi golongan penonton dan buat julung kalinya menampilkan pendakwah terkenal iaitu Habib Ali Zaenal Abidin AlHamid sebagai pemimpin program ini.
Pengisian ilmiah berdasarkan sirah junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Penonton akan lebih terkesan lagi melalui penyampaian Habib Ali dengan konsep penceritaan dan dibantu dengan replika set berupa sebuah madrasah berusia 1400 tahun dulu bersama dengan tata cahaya yang sangat tenang serta mampu menyentuh hati penonton demi mengimbas dakwah dan akhlak Nabi Muhammad SAW.
Latar belakang Habib Ali
Sedikit mengenai latar belakang Habib Ali Zaenal Abidin AlHamid, beliau dilahirkan pada Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Anak kedua daripada empat beradik ini datang daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan didiami ramai ulama.
Beliau mengembara ke merata tempat untuk menuntut ilmu, termasuklah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dalam jurusan AlQuran dan Sunnah. Berlatarbelakangkan pendidikan dan pembangunan diri Habib Ali yang dinamik dan menyeluruh, digabungkan bakat semula jadi dan kemahiran berdakwah yang diasuh dan dibentuk gurunya, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan saja dikenali kehebatan di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga berakhlak mulia.
Sepanjang perkongsian ilmu rancangan 13 episod ini, setiap episod Muhammadku juga diserikan persembahan kumpulan Ahbabul Habib mengalunkan alunan gemersik Qasidah pujipujian kepada junjungan besar ke atas Baginda SAW yang juga selama ini alunannya semakin dilupakan.
Contohi akhlak nabi
Semoga program baru ini bakal memberi peluang kepada penonton mengutip nilai cerita dari kisah disampaikan.
Belajar daripada insan mulia junjungan kita adalah sebaik akhlak yang selama ini hanya bersandarkan kepada kepintaran IQ manusia saja.
Catatkan dalam diari anda, nantikan Muhammadku, setiap Jumaat dari jam 5 hingga 6 petang, yang sudah bermula sejak 4 Oktober lalu. Semua 13 episod program ini diterbitkan Siti Zainah Juahir bersama Penerbit Eksekutif Ahmad Noor Sulaiman, hanya di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan Muhammadku boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook, Instagram & Twitter TV3malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved