Kaki tutuh amoi mahu ulamak separuh masak jadi ahli Majlis Syura

Saturday 5 October 20130 comments


Ketua balun amoi

Jahanam lagi PAS ...

Naib Presiden PAS Husam Musa menganggap dirinya sebagai "separuh ustaz" dan menegaskan bahawa Majlis Syura Ulama tidak ada halangan untuk calon bukan ulama dipilih menjadi timbalan presiden parti.

Husam berkata sungguhpun beliau sering dikaitkan sebagai calon golongan profesional, beliau tidak melihat keperluan untuk meletakkan pemimpin parti dalam kategori berbeza-beza.

ADUN Salor itu menegaskan polemik ulama dan profesional dalam PAS perlu dihentikan kerana ia boleh memberi kesan terhadap sokongan serta kepercayaan umum kepada PAS.

Beliau menyifatkan polemik berkenaan sebagai permainan politik yang sengaja ditimbulkan untuk menjatuhkan PAS.

Polemik berhubung isu golongan profesional dan ulama dalam PAS hangat diperkatakan khususnya di alam siber menjelang pemilihan parti November depan.



Pengikut pun sama balun amoi

Husam menolak spekulasi bahawa beliau akan mencabar Mohamad Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS, walaupun menerima pencalonan di beberapa negeri.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah pula dicanang sebagai calon ulama untuk mencabar Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu.

Menurut Husam, beliau tidak melihat dirinya sebagai calon profesional seperti yang diuar-uarkan tetapi menganggap sebagai 'separuh ustaz'.

"Mengenai profesional dengan ulama, saya ini tak profesional saya tak tahu macam mana orang panggil saya profesional sebab saya tiada pengiktirafan itu sebab setakat belajar ekonomi bukan profesional.

"Jadi saya pun kadang-kadang malu apa ini profesional tapi kalau orang panggil saya ustaz saya suka juga...lagipun saya anak tok guru, cucu tok guru dan keluarga saya majoriti tok guru.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved