Kepada Wanita : Berani Sikit Lakukan Perubahan Sebenar – Berilah Raihan Satu Peluang

Thursday 10 October 20130 comments

Daripada 3 calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Raihan Suleiman Pelastin mungkin yang paling dipandang sepi sesetengah (bukan semua) pihak di atas.
Namun, di peringkat bawah, wanita berusia 46 tahun itu sudah mula mendapat perhatian.
Anak kepada seorang guru agama dan pejuang UMNO, Raihan mendapat simpati banyak pihak kerana laluan beliau bertanding memang sukar dari hari pertama.
Ingat lagi bagaimana dengan tidak semena-mena UMNO Kulim Bandar Baru, UMNO bahagiannya sendiri tampil membuat kenyataan Raihan bukan AJK di bahagian itu malah bukan ahli pun di sana.
Apa punya fitnah la yang dibuat…
Namun, Raihan tetap tabah dan Allah SWT menjaga maruah dan nama baiknya. Resit beliau mula menjadi ahli UMNO seumur hidup pun kebetulan masih dalam simpanan.
Bukti-bukti yang dikemukakan beliau menyebabkan ibu pejabat UMNO pun tiada alasan selain membenarkan beliau bertanding.
Satu yang bagus mengenai Raihan di mata penulis ialah beliau hampir tidak pernah memburukan atau mengata mana-mana lawannya.
Tetapi lawan-lawannya…memiliki hati dan mulut yang pada penulis amatlah busuk.
Ambil kira Maznah… apa yang dia tak burukan dan caci Shahrizat….
Shahrizat pun sama jugak… depan kamera senyum pegang tangan “kami tetap bersatu”… kat belakang entah apa-apa yang jentera beliau buat.
Macam inikah perangai Wanita yang juga setaraf ibu ibu kita?
Cerita lembu Shahrizat dan kekayaan yang dimiliki beliau dah tak guna sebut pun.
Betapa imej UMNO – parti keramat orang Melayu musnah di bawah Sharizat… betapa ia dijadikan bahan lawak jenaka… kita semua tahu bukan.
Penulis bukan apa…penulis simpati dengan Kak Raihan…itu aje.
Iyelah… Raihan takda jawatan…takda wang ringgit yang banyak… jadi pesaing pun rasa boleh permainkan beliau ikut suka hati aje kan.
Banyak yang Raihan pendam dalam hatinya…hanya beliau dan Allah SWT sahaja yang tahu.
Namun, Raihan ada kesungguhan… keikhlasan…kejujuran… itu yang Maznah sama Shahrizat takda.
Penulis harap… ahli-ahli Wanita yang akan mengundi Sabtu ini… agar benar-benar berfikir dan memilih Raihan sebagai calon pilihan.
Dulu mungkin 2,000 lebih perwakilan boleh dipengaruhi… kini puluhan ribu memegang kuasa dan hak mengundi… nampaklah perbezaan memilih calon antara dulu dengan sekarang yea… gunalah hak itu dengan betul.
Kalau Shahrizat masih kekal atau digantikan oleh Maznah yang lebih tua pada Shahrizat dan dikenali sebagai seorang yang sombong… maka ucaplah selamat tinggal kepada UMNO.
Akan berakhirlah UMNO ini dalam sedikit masa lagi dan anak cucu anda yang berbangsa Melayu akan merempat di tanah sendiri... rakyat atas pagar yang tidka memihak kepada sesiapa dalam politik pun akan meluat…
Ganti Shahrizat dengan Maznah atau kekalkan Shahrizat bermakna anda menyumbang kepada kemusnahan parti anda sendiri… dan kemusnahan keturunan bangsa anda sendiri.
Tak perlu dengar cakap ketua bahagian anda yang mungkin dah dapat habuan… dengar suara hati anda…lakukan dengan kejujuran…
Kalau anda bukan pengundi atau ahli Wanita… namun anda sayang UMNO dan mahu melihat ia berubah… sebarakanlah rencana ini atau bercakaplah dengan para ahli Wanita yang anda kenal…agar melakukan perubahan yang benar-benar jitu dan bukan bersandarkan senyuman plastik Shahrizat atau kain sepasang yang diterima.
Pilih Calon 02…Raihan Suleiman Pelastin…kerana itu barulah pilihan yang mencerminkan perubahan yang sebenar…seperti yang dilaungkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved