Maya Karin Jadi Isteri Mokhtar Dahari

Monday 7 October 20130 comments

Kelibat pelakon Maya Karin menerusi pentas teater berprestij Istana Budaya bakal dilihat peminat setianya menerusi teater muzikal Supermokh, bulan depan.
Teater yang diinspirasikan daripada kisah hidup tokoh bola sepak negara, Allahyarham Dato Mokhtar Dahari itu diterbitkan oleh pengarah dan pelakon Hans Isaac.
Selain Maya yang akan menjayakan peranan isteri kepada lagenda bola sepak itu iaitu Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim, Awie turut memegang peranan utama sebagai Dato Mokhtar Dahari.
Menurut Maya yang dipetik menerusi Berita Harian, “memandangkan saya pun sudah lama tidak berlakon teater, selain faktor saya sendiri memang percayakan kredibiliti Hans dan Harith Iskander yang pernah mengarahkan muzikal Lat, iaitu teater muzikal yang paling saya kagumi, akhirnya saya terima tawarannya”.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved