Penghakiman "Kalimah ALLAH" Belum Muktamad, Masih Ada Mahkamah Persekutuan

Thursday 17 October 20130 comments

Pengerusi DAP Karpal Singh menuntut agar Mahkamah Persekutuan segera bersidang untuk mendengar rayuan berhubung keputusan yang menghalang The Herald dari menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan bahasa Melayunya.

Karpal berkata keputusan Mahkamah Rayuan pada hari Isnin lalu menyebabkan timbul “kebimbangan dan ketegangan” antara orang Islam dan bukan Islam.

Oleh itu, peguam mewakili The Herald perlu memfailkan permohonan kepada Ketua Hakim Negara mengikut Peraturan 61 Mahkamah Persekutuan, untuk membolehkan rayuan itu didengar secepat mungkin.

Katanya, keputusan oleh Mahkamah Rayuan itu terlalu meluas, dan menambah kitab pengikut Sikh, Guru Granth Sahib juga menyebut kalimah 'Allah' sebanyak 37 kali.

Tambahnya, perkara itu jelas bertentangan dengan perlembagaan kerana orang Sikh perlu diberi jaminan bahawa mereka tidak terjejas dengan keputusan oleh Mahkamah Rayuan itu.

Katanya lagi, kesemua 14 orang hakim Mahkamah Persekutuan perlu mendengar kes tersebut untuk memberi kepastian kepada orang Kristian, bahawa terdapat orang Islam dan orang bukan Islam yang mendengar kes tersebut, dan untuk memberi keputusan muktamad.

Tegasnya, isu berkenaan perlu diputuskan di mahkamah paling agung di negara ini dengan muktamad. -mk
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved