Penjenayah Guna Taktik Simbah Cili Sos Berjaya Diberkas

Saturday, 5 October 20130 comments

Awas!!! Ada taktik terbaru yang kini digunakan penjenayah untuk mengalih perhatian sebelum meragut atau mencuri barang berharga milik mangsa. Khamis lepas di Serdang, sekumpulan tiga orang dipercayai warga Filipina menggunakan taktik menumpahkan sos cili ke baju mangsa untuk mengalihkan perhatian mangsa sebelum dirompak. Taktik itu bagaimanapun gagal apabila seorang daripada suspek itu berjaya ditahan sepasukan polis berpakaian preman yang meronda kawasan sekitar kawasan kejadian iaitu di pusat membeli-belah The Mines. Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias berkata tiga suspek itu pada mulanya menumpahkan sos cili ke atas mangsa iaitu seorang wanita warga China di sebuah stesen bas sebelum merompaknya. Beliau berkata, anggota polis yang meronda terdengar jeritan wanita berkenaan meminta tolong segera membantu mangsa. “Taktik menggunakan sos cili itu kini merupakan cara baru pen jenayah mengalihkan perhatian mangsa. “Bagaimanapun anggota kami berjaya mengejar dan memberkas seorang daripada mereka,” katanya. Abdul Razak memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang 03-8074 2222 untuk membantu siasatan.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved