ZALORA Tampil Jenama Sendiri, EZRA

Tuesday 8 October 20130 comments

KUALA LUMPUR – Destinasi utama fesyen online Asia, Zalora buat julung kali mengumumkan produk jenama meraka, Ezra yang kini telah berada di pasaran.
Mempelbagaikan rekaan pakaian dan aksesori yang memenuhi citarasa lelaki dan wanita, Zalora berani mengambil langkah kehadapan dengan menjadikan syarikat itu berada di barisan hadapan dalam kalangan pemaju fesyen online di Asia.
Boleh didapati di laman web Zalora seleuruh Asia pada bulan ini, Ezra telah melancarkan koleksi pakaian wanitanya yang menampilkan gabungan menarik dan segar.
Menggabungkan reka bentuk ‘fun & flirty’ yang bakal menonjolkan keanggunan para gadis, Ezra bersedia untuk menjadi sebahagian pakaian buat penggemar fesyen tidak kira lelaki mahupun wanita.
AW13WAP0162A_1
Pengarah Urusan Serantau Zalora Harry Markl berkata, telah menjadi matlamat Zalora untuk memberi akses mudah kepada penggemar fesyen di Asia untuk mendapatkan fesyen yang ‘in-trend’ dengan harga berpatutan.
“Mewujudkan jenama sendiri (Ezra) merupakan satu langkah yang jelas bukan sahaja kepada syarikat ini, malah kepada satu pasukan yang sangat berbakat serta pereka yang kreatif dalam menghasilkan koleksi kapsul pertama ini.
“Selain itu, hasrat kami juga adalah untuk memberi sesuatu yang eksklusif kepada para pelanggan kami. Maka, kami yakin untuk meletakkan Ezra setanding dengan 500 jenama tempatan dan antarabangsa yang lain,” jelas Markl.
Tambah Markl, warga Zalora tidak sabar untuk melihat perjalanan Zalora dalam trend beli-belah online yang sememangnya akan memberi pelbagai pilihan serta pengalaman yang berbeza.
Akan datang tidak lama lagi, koleksi Ezra bagi golongan lelaki akan memberi pelbagai pilihan daripada trend muda ‘street-style’ hinggalah pilihan fesyen yang memberi ruang kepada golongan lelaki untuk bereksperimentasi.
Lawati www.zalora.com.my/ezra untuk melihat serta membeli-belah secara online atau layari ezra-blog.com untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Ezra.
Oleh: HARITS ASYRAF
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved