Hubungan Fazurina Dengan Keluarga Masih Belum Baik

Tuesday, 9 April 20130 comments

Pelakon Siti Fazurina mengakui hubungannya dengan keluarga masih belum pulih selepas perkahwinannya dengan suaminya, Hykal Zulkifli dilanda kontroversi tahun lalu.
“Saya tak ada menghubungi ibu. Ibu atau adik beradik juga tidak menghubungi saya sehingga kini. Hubungan saya dengan mereka belum pulih lagi. Kami belum berbaik. Tapi saya percaya, masa akan menentukan segala-galanya”, katanya kepada MalaysianDigest.
Fazurina didakwa telah berkahwin lari oleh ahli keluarganya selain dia dan suami perlu bernikah buat kali kedua selepas pelakon itu didakwa memberi maklumat kepada Pejabat Agam Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang dengan mengatakan dia anak tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan dia masih mempunyai dua adik lelaki kandung yang layak untuk menjadi walinya..
Fazurina, 31, yang popular menerusi drama rantaian Trilogi Cinta ini sebelum ini telah melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Freedam Shah, 59, tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain.
Semoga hubungan kekeluargaan Fazurina kembali jernih kerana air yang dicincang tidak akan putus sampai bila-bila dan harapnya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan di atas kesulitan yang berlaku ke atas keluarga ini.
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved