Korea Selatan, Jepun Sasaran

Thursday 4 April 20130 comments

Seoul – Korea Utara meletakkan peluru berpandunya yang mempunyai jarak sasaran jauh di pantai timurnya yang dipercayai menyasarkan lokasi di Korea Selatan dan Jepun.
Menteri Pertahanan Korea Selatan, Kim Kwan-jin menolak laporan media Jepun bahawa peluru berpandu itu adalah KN-08 sebaliknya menegaskan bahawa senjata berkenaan tidak berupaya sampai ke Amerika Syarikat.
Tentera Korea Utara memberi amaran bahawa ia mendapat kebenaran melancarkan serangan terhadap Amerika menggunakan senjata nuklear lebih kecil dan ringan.
Retorik perang terbaru
Ia adalah retorik perang terbaru Pyongyang terhadap Washington dalam tempoh beberapa minggu.
Kim berkata, dia tidak tahu alasan Korea Utara mengambil langkah itu dan ia mungkin ‘hanya latihan tentera’.
Kim memberitahu ahli perundangan di sebuah jawatankuasa Parlimen bahawa peluru berpandu itu ada jarak yang baik tetapi tidak mungkin sampai ke Amerika.
Beliau percaya, peluru berpandu dinamakan ‘Musudan’ itu mempunyai jarak sasaran 3,000 kilometer.
Ini menjadikan Jepun dan Korea Selatan sasaran berpotensi selain markas tentera Amerika di dua negara itu.
Jabatan Pertahanan Amerika pula mengumumkan ia akan menempatkan sistem pertahanan peluru berpandu di Guam untuk mempertingkat perlindungan daripada serangan menerusi kerjasama serantau.
Ada pakar yang berkata, Korea Utara belum menunjukkan keupayaan peluru berpandunya mengenai jarak sasaran mahupun ketepatannya. – AP
Iklan Teks:
Share this article :

Post a Comment

 
| |
Copyright © 2011. ynasidek - All Rights Reserved